• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Diharap Terbuka Terima Penggunaan Jawi Di Johor

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Persatuan Penulis Johor (PPJ) berharap keputusan kerajaan negeri untuk menguatkuasakan penggunaan tulisan jawi dalam semua urusan surat-menyurat Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) pada tahun hadapan, dapat diterima secara terbuka oleh semua pihak.

Ini termasuk dalam kalangan masyarakat negeri itu sendiri, kata Ketua Satu PPJ, Amiruddin Md Ali Hanafiah.

Menurutnya, keputusan tersebut adalah satu langkah yang berani dan terpuji kerana menunjukkan Johor bersedia menjadikan tulisan jawi sebagai milik masyarakat tanpa mengira kaum.

Malah, beliau juga yakin penggunaannya nanti menjadi titik awal dalam menjadikan Johor sebagai Pusat Tamadun Melayu di rantau ini.

“PPJ merakamkan tahniah kepada Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal dan kerajaan negeri yang akan menjadikan Johor sebagai pelopor tulisan jawi dalam urusan rasmi kerajaan, khususnya tentang hal agama Islam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Amiruddin berkata bagi memastikan penggunaan tulisan jawi benar-benar dilaksanakan secara berkesan, PPJ menyarankan agar semua pegawai kerajaan di negeri ini bersama-sama menggunakan tulisan berkenaan dalam memartabatkan nilainya.

Selain itu, PPJ berpendapat agensi luar bandar seperti Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan Felda juga sepatutnya menggunakan tulisan ini dalam urusan rasmi mereka.

Dalam masa sama, semua papan tanda yang berkaitan dengan agama Islam perlu segera menggunakan tulisan jawi, katanya.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Johor, Tosrin Jarvanthi mengumumkan pelaksanaan penggunaan tulisan jawi berkuat kuasa 1 Januari itu akan melibatkan kesemua anak syarikat di bawah JAINJ dan MAINJ.

Pelaksanaannya juga akan melibatkan peringkat pejabat kadi, sekolah-sekolah agama dan digunakan dalam teks-teks ucapan.

Tags: JAINJJohorMAINJPPJtulisan Jawi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Johor Melangkah Ke Hadapan Sebagai Pusat Pertumbuhan Serantau Yang Mendapat Perhatian Dunia – Lee Ting Han

Johor Melangkah Ke Hadapan Sebagai Pusat Pertumbuhan Serantau Yang Mendapat Perhatian Dunia – Lee Ting Han

03/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Johor kini sedang melangkah ke hadapan sebagai pusat pertumbuhan serantau yang semakin mendapat perhatian dunia selepas hampir...

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 5,000 pelajar daripada keluarga B40 di Johor bakal menerima pek SIM prabayar YES 5G percuma hasil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd