• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO, PAS, MCA, MIC Bukti Perpaduan Ummah Tak Rasis

oleh
29/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Gabungan Pemuda UMNO, PAS, MCA dan MIC di atas satu pentas ceramah buat pertama kalinya di sini malam tadi membuktikan bahawa gagasan Perpaduan Ummah tidak rasis sebagaimana yang dilabelkan oleh sesetengah pihak. 

Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, malah Pemuda MCA dan MIC menyatakan persetujuan untuk seganding menjelajah ke seluruh negara untuk menyampaikan penerangan kepada rakyat. 

“Kerjasama untuk memberi penerangan bahawa gabungan penyatuan UMNO PAS bukan satu menggugatkan ketenteraman negara dan tidak boleh dilabelkan sebagai ‘Taliban’. 

“Usaha kita untuk membentuk keyakinan rakyat membina negara bangsa yang sejahtera tanpa perkauman dan ini ditakuti setengah pihak yang khuatir kemungkinan kedudukan politik mereka akan goyah selepas rakyat menyedari keupayaan mereka membina negara dan membela nasib rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Penyatuan Ummah Empat Ketua Pemuda Pusat Berceramah di Dataran Ilmu, dekat sini, malam tadi. 

Yang turut menyampaikan ceramah ialah Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Afnan Hamimi Taib; Naib Ketua Pemuda MCA Pusat, Chua Hock Kuan dan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, Thinalan a/l Rajagopalu. 

Yang hadir sama ialah barisan kepimpinan Pemuda negeri dan daerah daripada keempat-empat parti terbabit. 

Asyraf Wajdi berkata, gerakan perjuangan empat kepimpinan pemuda dalam satu saf perjuangan tidak akan terhenti di daerah ini tetapi akan menjelajah ke seluruh negara bermula dengan negeri Johor selepas ini. 

“Di sini (Pasir Puteh) adalah sebagai satu permulaan. Tema utama ‘Selamatkan Negaraku’ untuk menyampaikan mesej kepada rakat untuk kembalikan cita negara sebagaimana asalnya.

“Kita tidak mahu keruncingan dan haru biru berkaitan budaya dan agama dijadi modal untuk menyemarakkan api perkauman terutama dalam kalangan pemimpin DAP yang melihat sesuatu perkara dan insiden dalam tafsiran yang sempit,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: MCAMICPASperpaduan ummahUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon BN di kawasan...

PRN Johor: PAS Arah Penyokong Undi BN Di Kerusi Tidak Ditandingi PN

PRN Johor: PAS Arah Penyokong Undi BN Di Kerusi Tidak Ditandingi PN

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon Umno-Barisan Nasional (BN) di kerusi tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd