• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gesa Polis Siasat Penyebar Fitnah Terhadap Zakir Naik

oleh
23/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – UMNO Bahagian Kuala Selangor bersama PAS Kawasan Kuala Selangor membuat tujuh laporan terhadap lima individu kerana dikatakan membuat fitnah terhadap penceramah antarabangsa, Dr. Zakir Naik. 

Mereka membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Selangor kira-kira pukul 6 petang semalam.

Laporan polis itu dibuat terhadap Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M Satees; Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy dan Bekas duta, Dennis Ignatius.  

Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Jahaya Ibrahim berkata, kenyataan itu jelas cuba menimbulkan kemarahan kaum Melayu dan umat Islam di negara ini. 

“Tuduhan beliau terhadap Zakir ini tak betul,  malah individu terbabit bimbang kerana pendakwah ini berjaya menarik lebih ramai bukan Islam memeluk Islam,” katanya. 

Jahaya berkata, polis diminta membuat siasatan dan mengambil tindakan terhadap penyebar fitnah terbabit.

Jelas beliau, pihaknya juga mencadangkan agar mana-mana pendakwah agama lain terutama yang datang dari negara luar perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa jika ingin berceramah di negara ini. 

“Kita menyarankan tindakan serupa dikenakan kepada penceramah bukan Islam yang semakin ramai datang ke negara ini. 

“Pihak berkuasa perlu memantau ceramah terbabit agar tidak menimbulkan keadaan tidak harmoni dalam negara,” katanya. – K! ONLINE

Tags: laporan polisPASpenceramah antarabangsaUMNOZakir Naik
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

UMNO Lancar Tabung Solidariti Najib Razak

UMNO Lancar Tabung Solidariti Najib Razak

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ibu Pejabat UMNO melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi membantu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melunaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd