• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1 Kes Pasang Jalur Gemilang Terbalik Dikesan Di Kuantan

oleh
21/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menerima satu laporan berhubung pemasangan Jalur Gemilang terbalik di sebuah pusat pameran, jualan dan servis kenderaan di Perkampungan Sungai Isap beberapa hari lalu.

Yang Dipertuanya, Datuk Hamdan Hussin berkata, pihaknya sudah mengambil tindakan dan meminta pihak pengurusan premis terbabit mengemukakan surat tunjuk sebab berkaitan perkara itu.

Bagaimanapun, menurutnya, sehingga kini pihak tersebut tidak memberi sebarang maklum balas berhubung isu pemasangan bendera Malaysia terbalik di premis perniagaan mereka.

“Surat meminta mereka (pihak premis itu) berikan penjelasan sudah dihantar dan kira berikan tempoh selama tiga hari untuk mereka menjawab.

“Kalau ikutkan tempoh itu akan berakhir esok dan kita masih menunggu surat penjelasan daripada mereka sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan Pemantauan Pemasangan Bendera Malaysia sempena bulan kemerdekaan di premis-premis perniagaan di sekitar bandar hari ini.

Pemantauan itu dilakukan bersama Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Abdul Rahim Muda.

Beberapa hari lalu, pusat pameran, jualan dan servis kenderaan di Perkampungan Sungai Isap telah menggantungkan dua daripada tiga bendera secara terbalik di hadapan premis perniagaan mereka.

Gambar itu telah dirakam orang ramai sebelum ia tular di laman sosial Facebook.

Namun, pada 19 Ogos lalu, pihak premis tersebut telah menurunkan bendera berkenaan dan membuat permohonan maaf secara terbuka di Facebook rasmi miliknya.

Dalam pada itu, Hamdan berkata sekiranya pihak berkenaan gagal mengemukakan surat terbabit, tindakan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 171 (1976) boleh dikenakan.

Jelasnya, bagi kesalahan ini, kompaun boleh dikenakan sehingga RM500 kepada mana-mana pihak yang melakukan kesalahan itu.

“Kita juga meminta orang ramai untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya melihat bendera yang dipamerkan tidak mengikut kriteria yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata, sebanyak 50 peratus premis yang telah memasang Jalur Gemilang di tempat mereka menjalankan perniagaan.

Katanya, justeru peringatan mesra telah diberikan kepada mereka supaya memasang bendera seperti mana pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

“Pihak PBT telah mengeluarkan pekeliling bagi pemasangan bendera bermula 16 Ogos sehingga 16 September ini.

“Malah, kita harap menjelang 31 Ogos nanti semua premis bukan sahaja di seluruh Kuantan tetapi juga di seluruh negeri Pahang akan memasang bendera seperti yang sepatutnya,” katanya.

Beliau menegaskan, sekiranya gagal berbuat demikian lesen perniagaan mereka boleh ditarik oleh MPK.

Tambahnya, MPK mempunyai kuasa untuk berbuat demikian jika notis dan kompaun telah dikenakan kepada pemilik premis yang ingkar sebanyak tiga kali berturut-turut. – Sinar Harian

Tags: bendera terbalikjalur gemilangKuantanPahang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

15/04/2026
0

KUANTAN - Penduduk Paya Besar menggesa pihak berwajib menangani isu kemalangan yang kerap berlaku di laluan susur keluar Jalan Kg...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd