• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jiran Terdengar Jeritan Mangsa Kebakaran Minta Tolong

oleh
19/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SLIM RIVER – “Sampai sekarang masih terngiang-ngiang suara isteri mangsa menjerit meminta tolong ketika dalam kebakaran,” kata jiran mangsa, Robaayah Yunus, 58, yang tinggal bersebelahan rumah mangsa kebakaran tiga beranak maut di Kampung Alah Batu, Selangor, dekat Slim River, awal pagi tadi.

Robaayah berkata, ketika kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, dia baru bangun tidur disebabkan anak dan menantunya mahu pulang ke rumah mereka selepas bercuti di kampung.

Katanya, ketika bangun dia terdengar bunyi letupan agak kuat, lalu membuka tingkap rumah dan ternampak api sedang marak membakar bahagian tengah rumah mangsa.

“Makcik terus kejutkan suami dan anak yang sedang tidur untuk keluar rumah bantu mangsa dan anaknya yang berada dalam rumah itu.

“Ketika sampai di depan rumah terdengar suara isteri mangsa yang dikenali Idah menjerit minta tolong tetapi saya dan suami serta anak tidak mampu berbuat apa-apa kerana api ketika itu sedang marak.

“Api terlalu membahang menyebabkan saya bersama suami dan anak berlari ke rumah jiran berdekatan untuk meminta tolong,” katanya ketika ditemui di Kampung Alah Batu, dekat sini.

Rabaayah berkata, sampai sekarang dia masih terdengar suara isteri mangsa menjerit meminta pertolongan membuatkanya sedih kerana tidak dapat membantu tiga beranak itu.

Katanya, semalam ialah kali terakhir beliau berjumpa dengan mereka iaitu ketika kenduri di rumah sepupu mangsa yang terletak kira-kira 30 meter daripada rumahnya.

“Semalam, saya bersalaman isteri mangsa mengucapkan terima kasih kepada saya kerana hadir di majlis kenduri itu.

“Saya tak sangka itulah ucapan terakhir mangsa dan tak sempat berbual panjang kerana dia sibuk hari itu menguruskan makanan kenduri sepupunya,” katanya.

Sementara itu, suaminya, Mohamad Arif, 60, berkata dia bersama anak cuba memadamkan api menggunakan paip getah yang terdapat di luar rumah itu, namun tidak berjaya kerana api terlalu kuat.

Katanya, dia memang mengenali suami mangsa yang dipanggil Idan kerana sering bertegur dan bergurau setiap kali hendak pergi kerja pada awal pagi.

“Saya bersama anak lelaki mengetuk pintu dan tingkap menyuruh mereka keluar dan ketika itulah kami mendengar jeritan isteri Idan mangsa meminta pertolongan.

“Saya memang berasa panik dan cemas ketika itu kerana tidak mampu berbuat apa-apa dan pertama kali dalam hidup menghadapi saat cemas begini.

“Namun, selang beberapa minit suara isterinya hilang menyebabkan kami terus berlari meminta pertolongan jiran di kampung itu untuk menghubungi pihak bomba,” katanya.

Katanya, jirannya itu sangat ramah dan suka menanam sayur-sayuran di kawasan rumah dan arwah juga selalu memberikan sayur yang ditanam kepada beliau dan jiran lain.

“Tiga beranak itu baru menyewa rumah berkenaan pada Januari lalu dan pemergian mereka amat dirasai kerana mereka jiran yang peramah dan baik dengan semua orang kampung,” katanya. – BH Online

Tags: jirankampung alah batukebakarankematian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd