• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Ustaz Abdul Somad: MUI Gesa Siasat Penyebar Video

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Indonesia (MUI), Zainut Tauhid Sa’adi meminta pihak polis menyiasat dalang menyebarkan video kuliah Ustaz Abdul Somad yang didakwa menghina agama lain.

Katanya, MUI merayu semua pihak tidak terpengaruh dengan provokasi dan cubaan menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.

“MUI meminta pihak polis untuk menyiasat pemuat naik video terbabit untuk mengetahui motif pelaku,” katanya dalam satu kenyataan kepada media Indonesia hari ini.

Memetik laporan CNN Indonesia, Zainut juga kesal dengan penyebaran video tersebut kerana ia berpotensi membawa kepada polemik yang boleh mengganggu keharmonian kehidupan agama di Indonesia.

“Semua pihak mesti tenang, berhati-hati dan matang dalam menangani masalah ini supaya tidak menyebabkan kekecohan dan membuat masalah lebih besar,” katanya.

Zainut juga merayu kepada semua pemimpin agama terutamanya orang Islam untuk bijak dalam menyampaikan mesej agama dan mengelakkan perkataan menghina dan menafikan simbol-simbol agama lain.

Menurut Zainut, sebarang kuliah atau penyampaian mesej agama yang menghina agama lain dan menyakiti penganutnya bukan sahaja dilarang undang-undang malah ajaran agama juga tidak membenarkan perbuatan tersebut.

“MUI memahami isu kepercayaan dalam ajaran agama adalah sesuatu yang suci dan sensitif bagi penganutnya. Semua pihak perlu menghormatinya,” kata Zainut.

Mengenai dakwaan Ustaz Abdul Somad menghina agama lain, MUI mencadangkan agar pihak terlibat mengambil jalan musyawarah dengan mengutamakan semangat kekeluargaan dan persaudaraan.

“Jika konsensus tidak dapat dicapai dengan kata sepakat maka laluan undang-undang adalah pilihan yang paling mulia.

“MUI meminta semua pihak untuk tetap tenang dan menghormati proses undang-undang yang berlaku sehingga suasana kehidupan masyarakat tetap kondusif, harmonis, aman, dan damai,” katanya.

Sebelumnya ini, sebuah pertubuhan bukan kerajaan Briged Meo dikatakan membuat satu laporan polis terhadap Ustaz Abdul Somad berhubung kuliahnya yang tular di media sosial berhubung salib dan patung yang didakwa menghina Kristian.

Bagaimanapun, Polis Nusa Tenggara Timur Indonesia menafikan ada menerima laporan tersebut. – Agensi

Tags: Hina AgamaIndonesiaustaz abdul somadvideo kuliah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.