• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Tidak Bertanggungjawab Uruskan Visa Haji Furada

oleh
09/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) tidak bertanggungjawab menguruskan visa Furada kerana ia dikendalikan secara terus oleh agensi-agensi pelancongan dan umrah serta pihak individu bersama kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf berkata, TH hanya mengendalikan 30,200 jemaah serta visa haji yang diperolehi secara rasmi mengikut jumlah kuota yang diberi kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia.

“Bagi agensi-agensi pelancongan pula, TH hanya menguruskan syarikat yang diiktiraf TH serta mendapat lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH).

“TH juga tidak dibenarkan untuk menguruskan jemaah haji Furada serta yang menunaikan haji melalui syarikat yang tidak mempunyai lesen PJH,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Visa Furada adalah visa haji yang diperoleh dengan berurusan secara terus dengan Kedutaan Arab Saudi dan tidak membabitkan kuota haji sesebuah negara.

Ia biasanya diberikan pada saat-saat akhir berdasarkan kekosongan yang ada.

Bagaimanapun, Mujahid menjelaskan untuk kes-kes tertentu seperti 26 warganegara Malaysia yang terkandas di Jeddah, TH melalui pegawai-pegawainya tetap menghulurkan bantuan dan menjaga kebajikan mereka dengan memberi makan minum selain bekerjasama dengan pihak Arab Saudi untuk urusan membawa mereka pulang.

Pada Selasa lalu, seramai 26 jemaah rakyat Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah kerana memiliki visa haji Furada yang tidak sah, menyebabkan mereka terpaksa diterbangkan pulang ke Malaysia.

Tags: Tabung Hajivisa furadaVisa Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd