• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Beranak Tidur Di Lobi Hospital Dapat Perhatian JKM

oleh
08/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kisah ibu yang terpaksa membiarkan dua anak perempuannya bermalam di lantai lobi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di Temerloh dekat sini, kerana menjaga suami yang sakit mendapat perhatian sewajarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata kisah keluarga Sarina Endut telah dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

Katanya JKM meluluskan bantuan segera RM300 dibayar secara ‘one-off’ pada Isnin lalu, selain meluluskan Bantuan Kanak-Kanak yang akan dinikmati bermula September ini.

“Selain itu, untuk keselesaan dan keselamatan dua anak yang masih kecil, Jabatan Kebajikan HoSHAS telah menyediakan bilik percuma di Anjung Kasih hospital untuk penginapan mereka,” katanya.

Shahaniza berkata berdasarkan rekod JKM, Sarina, 40, dan suaminya Jamaluddin Uyub, 59, tidak pernah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan bantuan sebelum ini.

“Bagaimanapun, kita terus memberikan bantuan sewajarnya apabila kisah mereka sampai ke pengetahuan kami. Malah ada juga individu termasuk ahli politik yang menyampaikan bantuan peribadi kepada beliau,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata jabatan kesihatan turut memberikan bantuan kewangan tunai kepada Sarina sebaik sahaja kisahnya tular di laman sosial.

“Kami menerima ramai pesakit setiap hari dan memang ramai yang berehat di lobi hospital termasuk ada yang tidur untuk berehat pada waktu malam.

“Jadi sebaik sahaja kisah beliau yang terpaksa meninggalkan dua anak yang masih kecil tiba ke pengetahuan, kami berusaha sedaya upaya mendapatkan bilik di Anjung yang pada kebiasaannya sentiasa penuh,” katanya.

Dr. Sha’ari juga menasihatkan mereka yang mengalami kesukaran atau mengetahui individu yang mengalami nasib seperti Sarina untuk ke Bahagian Kebajikan Sosial, yang ada di setiap hospital, bagi membuat permohonan bantuan sewajarnya.

Kelmarin, Bernama melaporkan kisah Sarina yang terpaksa meninggalkan anak berusia 8 dan 6 tahun tidur di lobi HoSHAS sejak 24 Julai lalu kerana menjaga suami yang ditahan di wad kerana kanser usus.

Sarina yang akan bergilir-gilir berada di wad dan lobi mendakwa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mampu menyewa bilik atau menampung kos berulang alik dari hospital ke rumahnya di Pulau Tawar, Jerantut yang sejauh 70 kilometer setiap hari.

Tags: bantuanJabatan Kebajikan Masyarakatlobi hospital
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd