• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nilai RM6.2 Bilion Ambil Alih 4 Lebuh Raya Belum Muktamad

oleh
01/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM6.2 bilion yang ditawarkan kerajaan bagi mengambil alih empat konsesi lebuhraya bertol di Lembah Klang bukan nilai yang muktamad, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah.

Beliau berkata, kerajaan akan melaksanakan proses sewajarnya sebelum memuktamadkan nilai yang sebenar.

“Jika proses wajar itu mendapati nilai itu terlalu rendah atau terlalu tinggi…sesuatu perlu dilakukan. Nilai tersebut bukan muktamad,” katanya kepada media selepas perasmian Islamic Finance Innofest 2019, anjuran Universiti Kewangan Islam Global (INCEIF) di sini, hari ini.

Pada majlis itu Amiruddin turut melancarkan laporan bertajuk “Harnessing Value- based Intermediation: The Role of Development Financial Institutions”.

Beliau menegaskan, keutamaan kerajaan Pakatan Harapan adalah memastikan hasrat dalam manifesto untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan tol terlaksana.

“Pada asasnya, kita harap ia akan memberikan kesan positif kepada pengguna jalan raya dan tidak menambah beban kewangan kepada kerajaan,” katanya.

Pada Jun tahun ini, Kementerian Kewangan telah mengemukakan tawaran rasmi untuk mengambil alih empat lebuh raya bertol di Lembah Klang, iaitu Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

Tawaran pengambilalihan itu dibuat kepada Gamuda Bhd., selaku syarikat pemegang konsesi keempat-empat lebuh raya berkenaan.

Semalam dilaporkan bahawa pengambilalihan yang dicadangkan oleh kerajaan telah ditunda bagi semakan harga.

Tags: Amiruddin HamzahKonsesi Tollebuh raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

19/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya bertol di Lembah Klang secara keseluruhannya bergerak lancar setakat jam 2.55 petang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd