• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong, Permaisuri Santai Nikmati Hidangan Tengah Hari!

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menikmati santapan tengah hari dengan cara yang cukup santai.

Mana tidaknya baginda berdua bersama dua orang anakandanya Tengku Puteri Afzan dan Tengku Puteri Jihan, hanya menikmati hidangan sederhana di kafetaria Istana Negara sehari selepas istiadat pertabalan.

Instagram Istana Negara sebelum itu berkongsi gambar Agong dan keluarga baginda menikmati santapan tengah hari.

Setakat ini, sebanyak 12,355 orang memberi tanda ‘love’ sebagai lambang suka kepada perkongsian gambar berkenan.

“Makan dekat kafetaria ja,” demikian komentar Syed Syafiq di Instagram rasmi Istana Negara.

Dalam pada itu menurut leyna.bantal_hezelina dia suka melihat YDPA dan Permaisuri Agong.

“Sangat merendah diri dan berjiwa rakyat,” katanya.

Sementara menurut Achid_69, sikap sebegini menonjolkan baginda sebagai raja berjiwa rakyat.

“Contoh yang sangat baik,” katanya.

Menurut nadzley_amn pula dia mendoakan kebaikan buat baginda sekeluarga.

“Daulat Tuanku semoga Tuanku berdua terus beristiqamah sepanjang masa dan diberikan rahmat dan kebijaksanaan oleh ALLAH untuk memayungi pemerintahan negara…dirgahayu Tuanku,” katanya.

Istana Negara semalam menyaksikan satu lagi peristiwa penting dalam lipatan sejarah tanah air apabila Al-Sultan Abdullah ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam istiadat yang berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat Raja-Raja Melayu.

Istiadat gilang-gemilang yang mengangkat kedaulatan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Negara itu bermula tepat 10.45 pagi ini sebaik Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berangkat masuk ke Balairung Seri, Istana Negara bagi memulakan istiadat.

Al-Sultan Abdullah, melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari lalu bagi menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan berkenaan 6 Januari lalu.

Seri Paduka yang dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Januari menggantikan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja pada 24 Januari. – Sinar Harian

Tags: Istana NegaraRaja Permaisuri AgongYang di-Pertuan Agong ke-16
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 5,000 pelajar daripada keluarga B40 di Johor bakal menerima pek SIM prabayar YES 5G percuma hasil...

Fadhlina Menghadap Raja Permaisuri Agong, Baginda Zahir Keprihatinan Mendalam Terhadap Kesihatan, Pendidikan Anak-Anak

Fadhlina Menghadap Raja Permaisuri Agong, Baginda Zahir Keprihatinan Mendalam Terhadap Kesihatan, Pendidikan Anak-Anak

18/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan keprihatinan mendalam terhadap kesihatan dan pendidikan anak-anak susulan situasi jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd