• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Samping, Jahitan Lambang Kasih Tunku Azizah

oleh
29/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seperti kelaziman seorang isteri yang menjaga makan dan pakai suami, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga melakukan perkara sama termasuk menjahit sendiri kain samping Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berkongsi cerita, dayang Istana Abdulaziz di sini, Norzila Ismail, 53, berkata, Tunku Azizah menjahit sendiri semua samping songket milik Al-Sultan Abdullah, mengambil alih tugas yang sebelum ini dilakukan oleh bonda saudara Tuanku.

“Baginda (Tunku Azizah) menjahit samping Al-Sultan Abdullah dengan sangat cermat. Bukan menggunakan mesin, tetapi semuanya dijahit tangan. Telitinya Tuanku, jika tidak berpuas hati, baginda akan membuka semula benang dan melakukannya semula,” katanya kepada di sini, baru-baru ini.

Anak jati Besut, Terengganu itu berkata beliau mula berkhidmat dengan Tunku Azizah sekitar 1988 dan kini, dipertanggungjawabkan untuk menguruskan persalinan Tunku Azizah selain membantu tugasan lain di istana.

Menceritakan pengalamannya berkhidmat di Istana Abdulaziz, Norzila mengakui telah beberapa kali melakukan kesilapan dalam tugasnya seperti baju yang dibasuh turun warna, selendang digosok berlubang dan paling diingati ialah bedak muka Tunku Azizah yang masih belum dibuka dari luar negara pecah.

“Tuanku baru pulang dari London dan saya membantu baginda menyusun barang. Baginda bertitah supaya saya berhati-hati dan selang beberapa minit kemudian, saya tersadung menyebabkan bedak itu terjatuh. Tunku Azizah bertitah ‘baru je cakap’.

“Baginda tidak murka asalkan kita akui kesilapan. Jika ada pinggan mangkuk yang pecah, pelakunya perlu menyembah maklum sambil tunjuk barangan itu. Tuanku hanya mahu kita bertanggungjawab dan jangan cuba sorok daripada baginda,” katanya.

Norzila berkata Tunku Azizah tahu setiap barangan dan isi kandungan fail di pejabat Istana Abdulaziz kerana baginda sangat teliti dan kakitangan istana perlu menanti titah baginda mengenai perkakas yang ingin digunakan pada sesuatu majlis.

Bukan itu sahaja, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah juga mengeluarkan wang sendiri untuk membeli barangan dapur dan kelengkapan bilik mencuci seperti sabun basuh, pencuci lantai dan sebagainya menyebabkan baginda berdua peka dengan perbelanjaan istana.

Sementara itu, seorang lagi kakitangan istana, Salmiah Ismail, 64, mengakui merindui ‘acara’ membuat biskut raya yang merupakan tradisi tahunan Istana Abdulaziz namun tidak dilakukan tahun ini ekoran kesibukan Seri Paduka berdua yang kini bersemayam di Istana Negara.

Salmiah, yang sudah 31 tahun berkhidmat di Istana Abdulaziz, berkata operasi membuat kuih raya lazimnya bermula pada minggu kedua Ramadan dan jumlah biskut yang menggunakan resipi Tunku Azizah boleh mencecah sehingga belasan jenis.

“Lazimnya Tuanku akan menitahkan supaya proses membuat kuih dimulakan dengan biskut cornflakes dan biskut kelapa. Baki cornflakes dan kelapa daripada dua jenis biskut ini akan disimpan, begitu juga jika ada baki biskut menggunakan quaker oats.

“Bahan yang disimpan ini kemudiannya akan disatukan pada biskut terakhir iaitu biskut anzac. Tuanku sering bertitah supaya jangan dibazirkan makanan, jadi susunan membuat biskut juga adalah untuk mengelakkan pembaziran,” katanya.

Anak jati Sungai Karang di sini berkata tidak semua kakitangan dibenarkan untuk menguli adunan biskut, namun bagi proses menerap dan menggentel lazimnya melibatkan hampir semua kakitangan istana yang tidak mempunyai tugasan pada waktu itu.

Sambil tersenyum, Salmiah menyifatkan suasana pada masa itu begitu seronok kerana mereka akan menghampar tikar dan masing-masing mempunyai satu bekas adunan tepung dan dulang pembakar yang perlu diisi dengan biskut yang ditugaskan.

“Tapi kerja membakar hanya saya dan Norzila yang melakukannya kerana Tuanku mahu ia dijaga dengan teliti. Jadi sementara tunggu orang selesai menggentel biskut, ada masa saya membantu Tuanku membancuh adunan kek buah baginda,” katanya.

Kek buah itu sememangnya popular dalam kalangan rakan Tunku Azizah dan lazimnya menjadi kurniaan baginda sempena Hari Raya Aidilfitri, dan menurut Salmiah rasanya memang enak dan penuh dengan buah campuran.

Bagi mengekalkan kualiti kek itu, Salmiah berkata jumlah maksimum kek yang dihasilkan sehari hanyalah enam biji kerana proses mengukus akan mengambil masa selama empat jam.

Salmiah berkongsi cerita Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah amat prihatin dengan kebajikan pekerja, menyebabkan mereka berasa sayu semasa ‘melepaskan’ Seri Paduka berdua untuk bersemayam di Istana Negara.

“Saya pernah tunjuk lutut yang bengkak pada Al-Sultan Abdullah…kebetulan baginda ada janji temu di Hospital Tengku Ampuan Afzan, jadi baginda titah saya ikut sekali. Rezeki saya dapat menumpang berjumpa doktor pakar Tuanku,” katanya.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah juga pernah menghantar kakitangan Istana Abdulaziz untuk mengerjakan umrah secara berperingkat, dan turut berkenan mengurniakan wang saku semasa mereka menghadap bagi memohon restu sebelum bertolak ke Tanah Suci.

Tags: Al-Sultan AbdullahjahitansampingTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pemain JDT Jairo Sudah Dibenarkan Keluar Hospital, Jalani X-Ray Imbasan CT

Pemain JDT Jairo Sudah Dibenarkan Keluar Hospital, Jalani X-Ray Imbasan CT

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Jairo Da Silva terpaksa menerima beberapa jahitan pada bahagian bibir selepas terkoyak...

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Disaman RM310 Juta

Al-Sultan Abdullah Dukacita Laporan Portal Berita Bersifat Fitnah

31/03/2024
0

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dukacita dan kecewa berhubung laporan sebuah portal berita yang tersasar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd