• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Dedah ‘Pertemuan’, 3 Syarat Kepada BERSATU

oleh
27/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan telah menetapkan tiga syarat yang merupakan pendirian parti itu kepada Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sekiranya ingin menjalinkan kerjasama politik.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, perkara tersebut dinyatakan kepada ‘orang’ Tun Dr. Mahathir Mohamad yang datang berjumpa dengan beliau baru-baru ini.

“Ingin saya maklumkan hari ini bahawa saya telah didatangi ‘orang Tun’ (Mahathir) supaya kita (UMNO dan BERSATU) duduk berbincang (bekerjasama) baru-baru ini.

“Maka saya sebutkan pendirian dengan jelas bahawa UMNO sama sekali tidak mahu DAP menjadi rakan kongsi (bekerjasama); kedua, membawa PAS bersama-sama (kerjasama politik) dan ketiga, tidak membubarkan UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan semasa menghadiri program sarapan bersama barisan kepimpinan UMNO bahagian Alor Setar di Dewan RC di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Ahmad Zahid berada di negeri ini untuk lawatan kerja selama dua hari sejak semalam.

Menurut Ahmad Zahid, pendirian sama juga dilontarkan jika parti-parti lain termasuk PKR ingin menjalin kerjasama politik dengan UMNO.

Katanya, pendirian UMNO tersebut adalah amanah yang perlu dipertahankan beliau sebagai Presiden parti dan kehendak akar umbi ahli-ahli.

Tambah beliau, kuasa majoriti orang Melayu sekiranya bergabung melalui penyatuan ummah telah ‘menggerunkan’ Pakatan Harapan (PH) termasuk apabila Dewan Negara meluluskan untuk membenarkan umur 18 tahun mengundi semasa pilihan raya.

“Sebelum ini kita mempunyai 62 peratus pengundi orang Islam dan apabila dicampur dengan usia 18 tahun (dibenarkan mengundi) ia menjadi 68 peratus pengundi kaum itu. Jika termasuk Bumiputera, ia menjadi 72 peratus,” katanya.

Kelmarin, Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 diluluskan di Dewan Negara dengan majoriti dua per tiga.

Dengan kelulusan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan ini, pilihan raya pada masa hadapan akan menyaksikan pengundi berumur 18 tahun dibenarkan mengundi dan menjadi calon berbanding umur 21 tahun sebelum ini, selain pendaftaran pengundi akan dilakukan secara automatik. – UTUSAN ONLINE

Tags: Ahmad Zahid HamidiBERSATUUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

09/08/2026
0

SIMPANG RENGGAM – UMNO perlu kembali kepada perjuangan asal dan tidak menjadikan kemenangan sebagai alasan untuk mendabik dada, sebaliknya terus...

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

07/08/2026
0

PASIR PUTEH - Semua pihak diminta tidak berasa khuatir dengan isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu membabitkan kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd