• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tabung Dana UMNO Bakal Dilancarkan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Buat pertama kalinya, UMNO akan melancarkan Tabung Dana UMNO (Crowd Funding) parti itu bagi kelangsungan aktiviti politik seterusnya sebagai persediaan menghadapi PRU15.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif berkenaan juga bagi tujuan menampung pembiayaan pengurusan pentadbiran dan aktiviti UMNO.

Menurutnya, tabung dinamakan Tabung Dana UMNO itu akan dilancarkan pada masa terdekat yang akan diumumkan.

“Pertama kali Tabung Dana UMNO ditubuhkan kerana bagaimana yang kita ketahui kekangan terbesar yang kami hadapi sekarang ini dari segi pembiayaan kepada Aktiviti politik akibat daripada pembekuan, penyitaan dan juga beberapa tindakan perundangan yang tidak adil yang dilakukan terhadap UMNO dengan tuduhan-tuduhan di luar norma perundangan.

“Oleh demikian kami merasakan Tabung dana UMNO ini harus dirancakkan bukan hanya di kalangan ahli-ahli dan kepimpinan UMNO dan kami yakin di luar sana ramai yang bersimpati dengan UMNO dan mereka mahu membiayainya,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Tambah beliau, sehubungan dengan itu, Majlis Tertinggi juga memutuskan bahawa sebuah badan profesional akan bersama-sama dengan UMNO untuk menguruskan dana tabung berkenaan memastikan ia dari sumber yang ‘bersih’.

Ujarnya, UMNO tidak meletakkan sebarang target dana yang diperlukan namun akan mengumpulkan sebanyak mana yang boleh.

“Badan profesional ini juga akan berperanan dalam meneliti setiap dana yang disalurkan bagi mengenal pasti sumbernya,” katanya.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung lebih 3 jam. – Sinar Harian

Tags: Ahmad Zahid HamidiPRU15tabung danaUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd