• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 2/3 Ketua Bahagian PKR Seluruh Negara Sokong Anwar

oleh
24/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang pemimpin PKR mendakwa lebih 2/3 ketua bahagian parti itu di seluruh negara menyuarakan sokongan kepada Presidennya, Anwar Ibrahim.

Kebanyakan sokongan itu datang dari Perlis, Perak dan Terengganu, manakala sokongan paling sedikit dari Selangor yang pernah diterajui Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika beliau menjadi menteri besar negeri itu.

Walaupun segelintir pemimpin menegaskan tiada perpecahan dalam PKR, tetapi pertelagahan antara Anwar dan Azmin menyaksikan ramai ketua bahagian mula menyuarakan sokongan masing-masing.

Seorang pemimpin yang menyokong Anwar dan terbabit dalam pengumpulan tandatangan berkata, mereka mendapat sokongan 150 daripada 218 bahagian setakat ini.

“Ia masih dalam proses dan lebih ramai yang menghubungi kami untuk menyokong kepimpinan Anwar dan sebagai perdana menteri seterusnya,” katanya kepada FMT sambil menambah lebih ramai ketua bahagian dijangka menandatangani surat menyokong Anwar.

Beliau berkata, semua bahagian di Perlis dan Terengganu memberi sokongan kepada Anwar, manakala negeri lain adalah Kedah (12 daripada 15 bahagian), Johor (17 daripada 26 bahagian) serta Perak (22 daripada 24 bahagian).

Katanya, sokongan di Selangor mencecah 45% dan gerakan itu sedang berusaha mendapatkan lebih banyak sokongan.

Seorang lagi pemimpin PKR memberitahu FMT, kem Anwar mahu perpaduan dalam PKR, tetapi ia “tidak mudah” dengan keretakan antara 2 pemimpin tertinggi parti itu.

Beliau mengakui Azmin yang juga menteri hal ehwal ekonomi mempunyai sokongan cukup banyak dalam parti dan kalangan rakyat, tetapi PKR tidak patut diheret bersama dalam pertelagahannya dengan Anwar.

“Ahli masih menyokong Anwar sebagai presiden mereka dan Azmin sebagai pemimpin nombor 2,” katanya sambil menambah ia diperkukuhkan lagi ketika temu rapat PKR di Port Dickson pada hujung minggu lalu.

Bagaimanapun, katanya, jika Azmin meninggalkan PKR, beliau mungkin menyertai PPBM, parti yang ditubuhkan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau menjangkakan penyokong bukan Melayu Azmin mungkin mengikut jejaknya menyertai PPBM sebagai ahli bersekutu yang terbuka kepada golongan bukan Bumiputera, tetapi mereka tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam parti itu.

Bagaimanapun, katanya, Azmin hanya akan menyertai PPBM jika beliau gagal menyelesaikan perselisihan dengan Anwar, merujuk pertikaian dalam video seks sejenis selepas ahli Parlimen Port Dickson itu menggesa Azmin meletak jawatan jika terbukti beliau terbabit dalam klip berkenaan.

Pada 18 Julai lalu, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, analisis CyberSecurity Malaysia mengesahkan video seks sejenis itu adalah tulen, tetapi ia tidak dapat mengecam individu yang dikatakan mirip seorang menteri itu.

Bekas ketua Pemuda PKR Bahagian Santubong, Haziq Aziz mengaku terbabit dalam video seks itu dan menamakan Azmin sebagai pasangannya, tetapi dakwaan itu dinafikan Azmin.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua menolak khabar angin Azmin akan meninggalkan parti itu.

“Tiada perkara seperti itu,” katanya kepada FMT.

PKR ialah parti berbilang kaum dengan majoriti penyokongnya terdiri daripada kaum Cina dan India. Anwar dalam temu rapat hujung minggu lalu menyifatkan parti itu sebagai pergerakan rakyat yang akan kekal berbilang bangsa. – FMT

Tags: Anwar IbrahimMohamed Azmin AliPKRvideo seks
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Minta PKR Beri Penjelasan Gambar Tular Anwar Bersama Nicky Liow

Ahli Parlimen PJ Minta PKR Beri Penjelasan Gambar Tular Anwar Bersama Nicky Liow

26/07/2026
0

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi penjelasan berhubung isu tular...

Tular Tangkap Layar PMX AI Menjawab “Tidak” Apabila Ditanya Sama Ada Anwar Patut Diundi Lagi

Tular Tangkap Layar PMX AI Menjawab “Tidak” Apabila Ditanya Sama Ada Anwar Patut Diundi Lagi

25/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tangkap layar memaparkan avatar PMX AI didakwa menjawab "Tidak" apabila ditanya pengguna sama ada perlu mengundi Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd