• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengguna Perlu Waspada Dengan #AgeChallenge

oleh
19/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Lebih dua tahun lalu, aplikasi FaceApp yang membolehkan pengguna mengedit gambar untuk tampak lebih muda.

Kini, ia kembali menjadi tular dengan hashtag #AgeChallenge yang menyaksikan para selebriti dan individu berpengaruh di media sosial berkongsi imej ‘tua’ mereka.

Beberapa pihak bagaimanapun mempersoalkan sama ada FaceApp sebenarnya ada muslihat di sebaliknya selepas siri skandal melibatkan pengumpulan data peribadi pengguna media sosial termasuk membabitkan firma perunding politik di London, Cambridge Analytica pada 2018.

Wartawan teknologi, Scott Budman mendakwa aplikasi itu tidak memberitahu apa yang ia lakukan dengan imej wajah individu yang menggunakan FaceApp.

Ada juga pihak memberi amaran FaceApp yang dibangunkan syarikat di Rusia itu mungkin memperoleh sejumlah besar data wajah daripada cabaran #AgeChallenge tersebut.

Mei lalu, stesen penyiar NBC melaporkan aplikasi storan foto, Ever menggunakan imej yang dikongsi untuk teknologi pengenalan wajah yang kemudiannya dijual kepada syarikat swasta, penguatkuasa undang-undang dan tentera.

Pada awal tahun lalu, firma pengkomputeran gergasi IBM juga didakwa menggunakan foto Flickr untuk melatih sistem pengenalan wajah tanpa mendapatkan kebenaran pengguna.

Seperti kebanyakan syarikat teknologi lain, FaceApp secara rahsia mengambil maklumat daripada penggunanya dengan cara yang tidak dijelaskan.

Aplikasi FaceApp sememangnya percuma, namun secara tidak sedar pengguna sebenarnya telah memberikan maklumat peribadi mereka. – The Independent

Tags: age challengeaplikasifaceappgambarmaklumat peribadi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ubah Poster Calon Wanita DAP Pakai Tudung Perbuatan Keji, Takutkan Pengundi Bukan Melayu Undi PH – Teo Nie Ching

Ubah Poster Calon Wanita DAP Pakai Tudung Perbuatan Keji, Takutkan Pengundi Bukan Melayu Undi PH – Teo Nie Ching

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - DAP kesal dengan tindakan pihak yang mengubah poster gambar bakal calon wanita parti itu dalam Pilihan Raya...

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd