• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melayu Tak Layan Pelawaan, BERSATU Pasti Mati Selepas Mahathir

oleh
06/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seruan pihak tertentu agar orang Melayu menyertai BERSATU utk membentuk penyatuan Melayu tidak akan di layan oleh orang Melayu, tegas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Malah katanya, orang Melayu akan terus menolak BERSATU kerana parti itu bertanggungjawab memecah kecilkan orang Melayu semata mata kerana persengketaan peribadi antara pemimpin tertentu.

“Orang Melayu juga merasa sangat tertipu dengan politik BERSATU yang telah menipu pengundi dengan menabur gula-gula dalam manifesto semata mata untuk mendapat undi tapi langsung tidak menunaikan janji mereka.

“BERSATU juga meneruskan agenda ‘devide and rule’ dengan masuk ke Sabah dan Sarawak yang pastinya merosakkan kesatuan orang Melayu dan bumiputera di sana,” katanya dalam kenyataan menerusi laman facebooknya.

Ujarnya, BERSATU juga bertanggungjawab terhadap menularnya budaya songsang, liberal, LGBT dan lain–lain yang semakin bebas.

“BERSATU juga dilihat bertanggung jawab menggadai kuasa dan kedudukan Melayu kepada Dap, terutamanya posisi strategik seperti menteri kewangan, menteri penerangan, AG, SPRM dan lain-lain yang menghakis hak Melayu

“Lebih buruk lagi bersatu di lihat sebagai parti peribadi Tun Mahathir, dan ketiadaan Tun sebagai PM merupakan titik mati yang pasti bagi BERSATU.

“Sehingga sekarang ahli UMNO dan PAS semakin padu dan Istiqamah. Penyatuan Melayu melalui dua wadah ini bakal membentuk gelombang besar yang akan membersihkan kotoran dan sampah yang di tinggalkan sekutu DAP termasuk BERSATU…”

Tegas beliau, seruan pihak tertentu agar orang Melayu menyertai BERSATU untuk membentuk penyatuan Melayu tidak akan dilayan oleh orang Melayu.

“BERSATU bukanlah jawapan kepada cita-cita dan aspirasi perjuangan orang Melayu.

“Seeloknya ahli BERSATU segera berhijrah meninggalkan DAP ke bahtera lebih besar UMNO-PAS… dan sama-sama menyahut muafakat nasional yang dipimpin gerakan orang Melayu dan Bumiputera Islam bersama rakan semua bangsa dan agama.”

Ujar beliau lagi, orang Melayu tidak akan memaafkan perbuatan BERSATU menggadai hak dan posisi orang Melayu dan Bumiputera kepada DAP. – MediaUMNO

Tags: Annuar MusaBERSATUDAPMelayuUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

Mohamad Sabu Dakwa Fahaman Ekstrem Kanan Kembali Selepas DAP Muncul Hebat

Mohamad Sabu Dakwa Fahaman Ekstrem Kanan Kembali Selepas DAP Muncul Hebat

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa fahaman ekstrem kanan yang berbahaya kepada negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd