• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan Pertama, Kedua Jemaah Haji Malaysia Selamat Tiba

oleh
05/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan pertama dan kedua jemaah haji Malaysia, selamat tiba dengan penerbangan KT01 dan KT02 di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah, semalam.

Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi kenyataan hari ini, memberitahu kumpulan pertama jemaah haji itu tiba pada pukul 11.50 pagi waktu tempatan atau 4.50 petang waktu Malaysia, manakala kumpulan kedua tiba pada pukul 5.47 petang waktu tempatan (10.47 malam waktu Malaysia).

TH menyediakan lima hotel penempatan iaitu Hotel Al-Haram, Hotel Anwar Al-Madinah Movenpick, Hotel Saja Al-Madinah, Hotel As Saha dan Hotel Rawda Al-Aqiq sekitar antara 100 dan 300 meter dari Masjid An-Nabawi.

Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan) TH, Nurrinanuwar Shamsuddin berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan Arab Saudi kerana meneruskan inisiatif praperlepasan Laluan Ke Makkah atau ‘Mecca Route’ bagi semua jemaah haji Malaysia.

“Pelaksanaan program ini telah terbukti mengurangkan masa jemaah yang berada di lapangan terbang dan juga proses imigresen dapat diselesaikan dalam masa 45 minit hingga satu jam berbanding masa menunggu tiga atau empat jam sebelum program ini diperkenalkan.

“Terima kasih juga kepada pihak Muassasah Adilah Madinah yang telah banyak membantu khususnya dalam aspek pengurusan haji di sini,” katanya.

Nurrinanuwar berkata, jemaah haji dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arahan yang ditetapkan serta menjaga kesihatan, terutama dalam menghadapi cuaca yang agak panas sehingga mencecah 47 darjah Celsius.

Seramai 30,200 jemaah haji Malaysia akan mengerjakan Rukun Islam kelima itu tahun ini dibantu oleh 640 petugas daripada TH.

Tags: jemaah hajiMakkahTabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd