• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ujian PSV Tak Susah, Saya Pun Lulus” – Anthony Loke

oleh
02/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemandu-pemandu e-hailing tidak perlu khuatir untuk menduduki ujian bagi mendapatkan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah mudah dan bersifat logik.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, lebih-lebih lagi jika pemandu-pemandu berkenaan menduduki kursus terlebih dahulu sebelum menjawab ujian tersebut.

“Saya semalam pun menduduki ujian itu sebab saya sengaja ingin mengetahui soalan-soalan yang ditanya dan saya lulus mendapat 82 markah.

“Daripada 60 soalan saya dapat jawab 49 soalan, walaupun saya tak mengikuti kursus itu sebab banyak soalan yang logik,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Jelas Siew Fook, jika mereka gagal ujian pada kali pertama, tiada masalah untuk mengulangi ujian tersebut pada kali kedua dan seterusnya.

“Tiada masalah, mereka boleh menduduki semula, tiada siapa yang halang. Mereka ada kursus dan boleh menduduki semula.

“Kali pertama mungkin tidak arif, tapi kalau gagal mereka boleh daftar dan duduki semula pada hari kedua dan seterusnya,” katanya.

Baru-baru ini, Presiden Persatuan Pemandu Grab Malaysia, Arif Asyraf Ali berkata, kurang 10 peratus daripada 200,000 pemandu perkhidmatan e-hailing kini memiliki PSV dan mengatakan faktor seperti yuran yang mahal dan ujian susah sebagai masalah yang dihadapi mereka.

Tags: Anthony Lokee-hailinglesen psv
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Pemandu E-Hailing Semakin Tertekan?

Pemandu E-Hailing Semakin Tertekan?

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Golongan pemandu e-hailing terus meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keadaan semasa industri yang didakwa semakin menekan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd