• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukankah Tiada Lagi Bayaran Selepas Konsesi Tamat?

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAIB Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng berhubung pengambilalihan empat lebuh raya di Lembah Klang “menghairankan”, kerana “caj kesesakan” masih diteruskan walaupun selepas konsesi tamat.

Beliau berkata rancangan mengenakan “caj kesesakan”, yang akan menggantikan bayaran tol, selepas perjanjian konsesi tamat di lebuhraya-lebuhraya yang diambil alih “mengejutkan”.

“Bukankah sepatutnya tiada apa-apa lagi bayaran yang akan dikenakan kepada rakyat selepas tempoh tersebut?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Lim mengumumkan pengambilalihan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) dan Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Terowong SMART) akan dibiayai penerbitan bon RM6.2 bilion, tanpa memerlukan peruntukan daripada kerajaan.

Menteri berkata apabila perjanjian konsesi tamat, caj kesesakan akan dikurangkan bagi menampung kos operasi dan penyelenggaraan lebuh raya tanpa unsur keuntungan.

Lim memaklumkan perjanjian konsesi-konsesi berkenaan akan tamat dalam tempoh 9 hingga 23 tahun dan tempoh konsesi tidak akan dilanjutkan. – FMT

Tags: Konsesi Tollebuh rayaLim Guan EngShahril Hamdan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd