• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KP MSN Nafi Bersekongkol Luluskan Pencalonan KJ

oleh
27/06/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail menafikan dakwaan bersekongkol dengan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), SM Nasiruddin SM Nasimuddin menjelang pemilihan mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MPM, Sabtu ini.

Dalam kenyataan media semalam, Ahmad Shapawi menjelaskan beliau tidak pernah terlibat dalam mengarahkan pegawainya untuk mengesahkan kelayakan pencalonan mantan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk bertanding sebagai Presiden MPM seperti dilaporkan sebuah portal tempatan.

Ahmad Shapawi berkata beliau juga tidak pernah mencampuri urusan pemilihan AGM badan induk sukan para itu seperti yang dinyatakan dalam laporan bertarikh 25 Jun.

“Demi menjaga nama baik saya sebagai penjawat awam dan pihak MSN, saya akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang dan membuat laporan polis supaya siasatan boleh dijalankan.

“Saya menegaskan saya sentiasa mengamalkan sikap berkecuali dalam menjalankan tugas saya sebagai Ketua Pengarah MSN,” katanya.

Khairy, yang juga Timbalan Presiden Persekutuan Ragbi Kerusi Roda Malaysia, bakal mencabar Presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin merebut jawatan nombor satu persatuan pada 29 Jun ini.

Pencalonan Khairy sebelum ini dipertikai kerana beliau dikatakan hanya menghantar borang pencalonan selepas tamat tempoh yang sah bagi kerusi nombor satu MPM, apabila penyandangnya, SM Nasarudin tidak mahu mempertahankan jawatan itu.

Megat D Shahriman pada Sabtu lalu berkata campur tangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) perlu sekiranya MPM tidak dapat menangani isu tersebut.

Tags: Khairy JamaluddinMajlis Paralimpik MalaysiaMajlis Sukan Negara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd