• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng Menteri Tidak Bertanggungjawab

oleh
23/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng disifatkan sebagai menteri yang tidak bertanggungjawab apabila mendakwa Sarawak akan bankrap dalam tiga tahun lagi jika negeri itu terus diperintah oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Timbalan Ketua Pemuda, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Fazzrudin Abdul Rahman berkata, kenyataan oleh menteri kewangan itu jelas membuktikan tanggapan rakyat bahawa menteri Pakatan Harapan menghampiri tahap bodoh adalah betul.

Mereka masih bersikap seperti pembangkang dan lupa mereka sudah memerintah Kerajaan Persekutuan.

“Kenyataan ini tidak bertanggungjawab kerana sebagai menteri, kenyataan beliau adalah pendirian kerajaan. Setiap kenyataan masih bersifat politik dan bercakap tanpa fakta yang jelas bagi mengelirukan rakyat serta berniat jahat,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Tupong.

Semalam, dalam satu majlis DAP Sarawak, Guan Eng berkata, rizab Sarawak berjumlah RM31 bilion boleh digunakan untuk tiga tahun jika bajet tahunan GPS berjumlah RM11 bilion.

Sehubungan itu, katanya, rakyat Sarawak patut mengundi kerajaan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang.

Tambah Guan Eng lagi, Sarawak jangan jadi seperti Kelantan yang diperintah dengan teruk sehingga tidak dapat membayar gaji kakitangan awam.

Fazzrudin berkata, kenyataan Guan Eng itu akan mengakibatkan kesan negatif terhadap pelabur-pelabur, ekonomi negara dan ekonomi Sarawak.

“Adakah beliau lupa antara punca pendapatan negara yang digunakan untuk membangunkan semenanjung adalah dari hasil minyak Sarawak.

“Jika Sarawak bankrap, apa akan terjadi kepada Malaysia? Sarawak antara negeri yang mempunyai reserve (rizab) yang tinggi hasil dari kebijaksanaan pimpinan Sarawak dan Sarawaklah yang banyak menyumbang kepada pembangunan yang dinikmati di Semenanjung.

“Kenyataan ini adalah bodoh kerana – apakah beliau tidak mengambil kira punca pendapatan Sarawak yang lain.

“Adakah beliau tidak memeriksa fakta dahulu sebelum bersuara. Adakah beliau lupa kerana disebabkan oleh mulut celupar beliau, pelbagai masalah pelaburan dan bursa saham kita menjunam.

“Janganlah ada mata buta melihat, ada telinga bengal untuk mendengar dan ada mulut tapi celupar dan sengaja tidak faham inisiatif yang telah dilaksanakan oleh YAB DP Abang Jo, KM Sarawak dalam menjana pendapatan,” tegasnya.

Fazzrudin juga mempersoalkan adakah pemikiran Guan Eng tidak sampai ke tahap itu untuk berfikir.

Beliau meminta menteri kewangan itu berhenti berpolitik dengan akal pendek dan fokus kepada membangunkan negeri dan negara serta melaksanakan janji pilihan raya yang lepas.

Jelas beliau, sebagai menteri kewangan, Guan Eng bertanggungjawab bukan sahaja kepada negeri pimpinan DAP, tetapi seluruh Malaysia.

“Baliklah ke Semenanjung dan fokus kepada mentadbir urus negara. Jika tidak mampu melaksanakan tanggungjawab itu, maka lepaskanlah jawatan tersebut,” katanya. – MalaysiaGazette

Tags: DAP SarawakGPSLim Guan EngPBBsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd