• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Garis Panduan Kerjasama PAS-UMNO Ditetapkan

oleh
23/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Majlis Syura Ulamak menetapkan empat perkara yang perlu dipatuhi dalam garis panduan kerjasama antara PAS dan UMNO.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, antaranya ialah segala polisi dan dasar kerjasama kedua-dua parti hanya boleh diputuskan Jawatankuasa Induk setelah mendapat persetujuan Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak.

“Negeri, kawasan dan cawangan tidak boleh membuat keputusan. Ini melibatkan soal agihan kerusi, calon dan perkara berbangkit pada masa akan datang.

“Selain itu PAS di peringkat negeri, cawangan dan kawasan dibenarkan membuat program bersama UMNO demi pengukuhan kesatuan ummah. Asalkan program ini tidak melibatkan keputusan polisi,” katanya dalam ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan PAS ke-65 di sini hari ini.

Menurutnya, garis panduan itu juga menetapkan kerjasama hendaklah dijalin dengan menghormati dasar parti masing-masing.

“Pemimpin tak dibenarkan terlibat dalam program dalaman parti lain. Contohnya seperti menjadi perasmi mesyuarat agung UMNO walaupun dijemput.

“Kita juga tak membenarkan ahli PAS menjadi petugas khas parti lain demi mengelakkan salah faham dan spekulasi. Bagi kita, urusan dalaman setiap parti adalah hak parti tersebut,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, garis panduan terakhir ialah pimpinan dan ahli PAS dibenarkan menjadi tetamu jemputan dalam program anjuran UMNO.

“Dibenarkan untuk membuat pengisian sama ada sebagai penceramah, ahli panel atau pentazkirah kepada parti rakan kerjasama kita bila mana diminta.

“Inilah ruang dakwah yang boleh diambil untuk perkasakan agenda Islam,” katanya.

Menurutnya, dalam isu kerjasama ini PAS tidak berdepan masalah kerana dipandu oleh keputusan Majlis Syura Ulamak.

“Apa-apa saja dasar parti akan dipandu oleh Majlis Syura Ulamak supaya keputusan tak bercanggah dengan syarak,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Majlis Syura Ulamak PASPASTuan Ibrahim Tuan ManUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd