• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Bapa Dodoi Ainul Buat Ramai Bergenang Air Mata

oleh
22/06/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KISAH Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin melawan ketumbuhan yang dihidapinya sememangnya menyentuh hati rakyat Malaysia yang mengikuti kisahnya sejak awal lagi.

Dari hari pertama kisahnya viral sehingga pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya berjaya, warganet juga tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan bayi kecil itu.

Selesai pembedahan di London, kedua-dua ibu bapa Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dan Nurul Erwani Zaini, dilihat begitu teruja berkongsi perkembangan kesihatan Ainul Mardhiah di sana.

Terbaru, Ahmad Safiuddin memuat naik video dirinya mendodoi Ainul Mardhiah yang kelihatan semakin sihat.

Tanpa sebarang kapsyen, Ahmad Safiuddin hanya meletakkan emoji senyum pada video dia mendodoi buah hati sulungnya itu. Kelihatan dia juga masih berhati-hati supaya tidak mendatangkan sebarang mudarat terhadap Ainul Mardhiah.

Perkongsian ini telah menarik minat warganet untuk meninggalkan komen di ruangan Facebook Safiuddin. Rata-rata mereka berasa senang hati melihat perkembangan positif Ainul Mardhiah.

“Ingatkan kakak sahaja selalu bergenang air mata tengok Ainul. Suami kakak pun sama rupanya. Dah jadi ‘parents’, memang sensitif bila tengok anak-anak tak sihat,” tulis Diyana Jamal.

“Rindu tiap hari nak tengok anakanda Ainul Mardhiah,” tulis Niki Firdaus Solahuddin.

“MasyaALLAH… Sayunya tengok. Sudah lama Walid nak peluk Ainul begitu… Kasih seorang Walid,” tulis Zamani Thamby.

“Alhamdulillah, tiap-tiap hari tunggu perkembangan tentang Ainul, tiap-tiap kali tengok video Ainul, rasa sebak, sejak jadi mak-mak ini, hati tisu sungguh terutama membabitkan anak. Semoga cepat sembuh Ainul Mardhiah, terus kuat ya untuk ummi dan walid kamu. Kami seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesembuhan buat kamu sayang Ainul Mardhiah,” tulis Roses White. – Sinar Harian

Tags: Ainul MardhiahanakBapabayiketumbuhan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Puad Dakwa Anak Beliau Bekas Pemimpin Pelajar, Terlatih Dan Terbimbing

Puad Dakwa Anak Beliau Bekas Pemimpin Pelajar, Terlatih Dan Terbimbing

28/06/2026
0

BATU PAHAT - Bekas pemimpin UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan anaknya merupakan seorang bekas pemimpin pelajar. Beliau turut...

Puad Dakwa Anak Beliau Terlatih – “Salahkah Saya Mencadangkannya?”

Puad Dakwa Anak Beliau Terlatih – “Salahkah Saya Mencadangkannya?”

25/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempersoalkan adakah menjadi satu kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd