• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yahaya Ismail Nafi Ugut Anwar

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penulis Yahaya Ismail menafikan dakwaan kononnya telah memeras ugut Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan meminta bayaran sebanyak RM400,000 berhubung manuskrip buku bertajuk ‘Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM’.

Menurut Yahaya, jumlah itu sebenarnya merupakan harga berdasarkan nilai hak cipta yang bakal dijual kepada pembeli.

Dakwa beliau, naskhah buku itu telah diberikan kepada Anwar dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul untuk dibaca dan jika mahu membeli hak ciptanya.

“Ini lazim dilakukan dalam bisnes penerbitan. Saya kemukakan naskhah itu kepada beberapa individu tertentu untuk mereka beli hak cipta. Saya letak harga jualan hak cipta RM400,000 kerana saya tahu buku ini boleh jadi ‘bestseller’. Pengalaman selama 40 tahun sebagai penerbit dan penulis saya tahu jenis buku yang boleh jadi ‘bestseller’.

“Saya terkejut apabila Anwar kata saya hendak peras ugut dia minta bayaran RM400,000. Harga itu berdasarkan nilai hak cipta yang saya bakal jual kepada pembeli, kalau dia tidak minat jangan beli. Tidak ada paksaan apa-apa sebab hak cipta itu saya punya. Saya berhak menerbitkan buku itu sendiri kerana hak cipta saya punya.

“Kalau saya terbit buku itu dan kalau Anwar atau Johari Abdul mengatakan saya fitnah boleh saman saya kelak. What is the problem?” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook beliau.

Semalam, Johari mendedahkan menerima manuskrip buku bertajuk ‘Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM’ pada 10 Jun lalu daripada seorang penulis bernama Yahaya Ismail yang difahamkan merupakan seorang penulis upahan.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu turut menyifatkan manuskrip tersebut sarat dengan fitnah dan tohmahan keji terhadap Presiden PKR.

Dalam pada itu, Yahaya memberitahu, beliau memberi penjelasan ini supaya rakyat tidak terpengaruh dengan putar belit fakta Anwar dan Johari berhubung buku tersebut.

Beliau malah menegaskan tidak diupah oleh sesiapa untuk menulisnya.

“Ia adalah hasil kajian saya sendiri. Saya menulis hal politik, lebih 50 judul buku politik, sejak 40 tahun dulu.

“Kalau mereka menuduh saya penulis upahan menghasilkan buku itu sila tunjuk bukti. Boleh cek akaun bank saya. Sila dedahkan nama manusia yang bermurah hati mengupah. Saya akan menyaman mereka kerana menuduh saya penulis upahan.

“Insya-Allah saya akan menerbitkan buku ini kelak sekiranya tidak ada pihak lain yang sanggup membeli hak ciptanya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Anwar Ibrahimmanuskrip bukuPerdana MenteriPKRYahaya Ismail
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd