• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UM Tempat Ke-70 Dalam Ranking QS-WUR

oleh
19/06/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya terus melakar kejayaan apabila berada di tempat ke-70 dalam Quacquarelli Symonds World University Rankings (QS-WUR) 2020 yang dikeluarkan pada hari ini.

Dengan skor keseluruhan 67.1 – peningkatan 7.2 peratus berbanding tahun lepas, UM kini berada dalam kalangan 7 peratus teratas daripada 1,001 institusi yang disenaraikan oleh QS-WUR.

Perkembangan ini menunjukkan peningkatan 17 tempat, mewakili kenaikan konsisten dan mantap dalam pengiktirafan UM sebagai salah satu universiti terkemuka di dunia dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, inovasi dan pengantarabangsaan.

Naib Canselor UM, Datuk Ir. Abdul Rahim Hashim gembira dengan pencapaian tersebut berkata, matlamat UM adalah untuk mengatasi universiti cemerlang lain di seluruh dunia dengan penambahbaikan yang lebih baik untuk membantu meningkatkan taraf pendidikan tinggi Malaysia.

“Pencapaian ini juga sejajar dengan misi kami untuk diiktiraf sebagai institusi pengajian tinggi yang lebih tinggi di dunia dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan dan inovasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sementara itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya melonjakkan kedudukannya ke-159 universiti terbaik dunia dalam QS World University Rankings 2020 dan meraih kedudukan universiti kedua terbaik dalam negara.

Ini adalah pencapaian terbaik UPM sejak penyertaan pertamanya dalam ranking ini.

UPM membuat lonjakan sebanyak 43 tangga berbanding kedudukan ke-202 pada tahun sebelumnya.

UPM mencatat prestasi kenaikan selama enam tahun berturut-turut.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Aini Ideris berkata, UPM mencapai sasaran Putra®Global 200 (PG200), yang merupakan salah satu aspirasi penting dalam Pelan Strategik UPM 2014-2020 untuk berada dalam senarai 200 universiti terbaik dunia QS menjelang tahun 2020.

“Pencapaian awal setahun daripada perancangan ini bermakna UPM akan menetapkan matlamat baharu dalam pelan transformasinya, selaras dengan peranan universiti dan asas-asas pendidikan.

“Pada tahun ini, UPM menunjukkan penambahbaikan dalam semua indikator dan lonjakan tertinggi adalah pada indikator Reputasi Majikan. Ini menandakan bahawa pelajar, penyelidikan dan aktiviti pengembangan kami mendapat pengiktirafan daripada industri,” katanya.

Beliau ini berkata, indikator Pelajar Antarabangsa merupakan kekuatan yang paling cemerlang untuk UPM dengan menduduki ranking 135 dunia bagi indikator itu.

QS World University Rankings 2020 menilai 1,620 universiti utama dunia berdasarkan enam indikator iaitu Reputasi Akademik (40%), Reputasi Kakitangan (10%), Nisbah Fakulti kepada Penuntut (20%), Rujukan (citations) Setiap Fakulti (20%), Fakulti Antarabangsa (5%) dan Penuntut Antarabangsa (5%).

Tags: QS-WURUniversiti MalayaUPM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Pihak UM Buat Operasi Dalaman Tangani Anjing Liar, Atasi Masalah Kucing Mati Akibat Haiwan Liar’

‘Pihak UM Buat Operasi Dalaman Tangani Anjing Liar, Atasi Masalah Kucing Mati Akibat Haiwan Liar’

10/01/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengurusan Universiti Malaya (UM) sudah melakukan operasi dalaman bagi menangani kehadiran anjing liar di kawasan universiti itu susulan...

PERKESO, UPM Jalin Kerjasama Dalam Bidang Perubatan Dan Rehabilitasi

26/02/2022
0

PETALING JAYA : Sebagai peneraju dalam perlindungan keselamatan sosial di Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sentiasa komited menambah baik perkhidmatannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd