• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadi Hairan Pemimpin PKR ‘Kepanasan’ PM Pilih Latheefa

oleh
09/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Presiden PPAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan rasa hairan terhadap sesetengah pemimpin PKR yang dilihat sedang ‘kepanasan’ berikutan keputusan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memilih Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu.

Menurutnya, tindakan segelintir kepimpinan Pakatan Harapan (PH) yang tidak bersetuju dengan keputusan itu meninggalkan tanda tanya.

“Selaku Perdana Menteri, beliau (Tun Dr. Mahathir Mohamad) mempunyai hak untuk melantik mana-mana individu memegang jawatan itu.

“Terpulang kepada Perdana Menteri untuk lantik siapa yang dia nak, kalau kepimpinan PH boleh pilih dia (Dr. Mahathir) jadi Perdana Menteri, mengapa tak boleh setuju apabila dia pilih Latheefa?

“Apa yang penting beliau (Latheefa) perlu buktikan kemampuannya setelah melaksanakan tugas yang dipertanggungjawab nanti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anak Terengganu di Perantauan 2019 di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini malam tadi.

Turut hadir, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk A Rahman Yahya dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Abdul Hadi ketika diminta mengulas mengenai pendirian PAS terhadap pelantikan itu, katanya, mereka sebulat suara menyokong kenyataan yang telah dibuat oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini.

“Setiausaha Agung PAS dah buat kenyataan dan itulah kenyataan kita,” katanya.

Terdahulu, Takiyuddin menerusi satu kenyataan mengalu-alukan pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu bagi tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa pada 1 Jun lalu.

Katanya, PAS yakin Latheefa adalah individu yang layak dan sesuai menjawat jawatan itu.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, kerajaan di bawah pimpinan PAS iaitu Kelantan dan Terengganu terbuka untuk disiasat SPRM.

“PAS tidak terlibat dengan sebarang perkara, dan kita terbuka sebagaimana saya pernah nyatakan dahulu di mana kerajaan kita di Kelantan dan di Terengganu terbuka untuk SPRM siasat supaya berjaya mencapai objektif sebuah kerajaan yang bersih,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Abdul Hadi AwangLatheefa KoyaPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

“Saya Masih Percaya Kepada Perjuangan Reformasi” – Afdlin Shauki

“Saya Masih Percaya Kepada Perjuangan Reformasi” – Afdlin Shauki

06/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa, Datuk Afdlin Shauki meluahkan pandangannya mengenai PKR yang pada beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd