• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iklan Raya TNB Ditonton 19 Juta Kali!

oleh
03/06/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Iklan raya Tenaga Nasional Berhad (TNB) tahun ini berjaya mencuit hati netizen dengan hampir 19 juta tontonan setakat ini di pelbagai platform media sosial sejak pelancarannya 23 Mei lalu.

Bertajuk ‘Konvoi Epik Fantastik’, ia memaparkan telatah Nabila dan keluarga besarnya berkonvoi sehari suntuk menyambut raya ke 10 rumah adik-beradik Tok Wannya.

Sepanjang perjalanan itu, dipaparkan pelbagai babak lucu, dramatik serta mencuit nostalgia mereka yang pulang ke kampung meraikan Syawal.

Berdurasi lebih empat minit, iklan raya TNB kali ini memaparkan pemandangan indah negeri Perlis sepanjang perjalanan konvoi keluarga Nabila beraya.

Ia turut menonjolkan tradisi kunjung mengunjungi sebagai usaha memanjangkan silaturrahim dan mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama kita.

Di media sosial, iklan ini turut menerima pujian netizen pelbagai bangsa yang terhibur dengan keletah Nabila dan keluarganya.

Antaranya ialah Hadri Rahim Al-Cherasi yang memuji penggunaan warna kereta melambangkan warna bendera Malaysia.

Mohd Farhan pula berkata, dia sentiasa menanti iklan TNB setiap tahun dan memberikan 10 bintang kepada TNB.

Ben Teh Kang Thai menulis, “This is so good!”, sementara pengguna Twitter @f_nsrn mengatakan iklan TNB tidak pernah mengecewakan. – Sinar Harian

Tags: Iklan RayaTenaga Nasional BerhadTNB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd