• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trofi Liga Europa Milik Chelsea

oleh
30/05/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAKU – Eden Hazard meledak dua gol dalam penampilan terakhir bersama Chelsea untuk membantu pasukan itu menjulang gelaran Liga Europa selepas membenam Arsenal 4-1 di Stadium Olympic Baku, sebentar tadi.

Aksi kedua-dua pasukan seimbang pada separuh masa pertama, namun Chelsea menjadi lebih agresif sebaik sahaja babak kedua bersambung apabila meledak empat gol.

Olivier Giroud mengecewakan bekas pasukannya apabila membuka jaringan Chelsea pada minit ke-49.

Hazard kemudian mencipta gerakan gol kedua Blues yang disempurnakan Pedro pada minit ke-60.

Perancang utama Belgium itu yang dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid memahat nama sebagai penjaring selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-65, diikuti gol keempat pasukannya di minit ke-72.

Selepas tujuh tahun menyarung jersi Chelsea, ini adalah cara paling sempurna buat Hazard, 28, untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Blues.

Bagi Arsenal, kekalahan ini menghancurkan impian mereka untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan selepas sekadar menutup kempen Liga Perdana Inggeris di tangga kelima.

Jaringan Alex Iwobi pada minit ke-69 gagal menaikkan semangat anak-anak buah Unai Emery, malah memanjangkan penantian Gunners untuk membawa pulang trofi Eropah pertama selepas 25 tahun menanti. – Agensi

Tags: ChelseaEden HazardLiga Europa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Liverpool Juara Piala Super UEFA 2019

15/08/2019
0

LIVERPOOL muncul juara Piala Super Eropah 5-4 menewaskan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti, selepas perlawanan tamat 2-2 di Istanbul. Penjaga gol baru...

Gaji Hazard RM2.1 Juta Seminggu

14/06/2019
0

MADRID – Real Madrid memperkenalkan bintang Belgium, Eden Hazard di Stadium Santiago Bernabeu awal pagi tadi sehari selepas majlis pengenalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd