• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GTSM Lapor SPRM Anthony Loke Salah Guna Kuasa

oleh
21/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang SeMalaysia (GTSM) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berhubung dakwaan salah guna kuasa.

Yang Dipertua GTSM, Kamarudin Mohd. Hussain berkata, laporan turut dibuat terhadap Setiausaha Politik kepada Menteri Pengangkutan iaitu Datuk Mohamad Dahlan Maamor.

Kamarudin berkata, laporan berkenaan dibuat selepas Anthony sejak kebelakangan ini dilihat menggunakan jawatannya untuk meminda peraturan sedia ada tanpa mengadakan sebarang perbincangan dan kajian makmal.

“Kami gabungan GTSM hari ini membuat laporan rasmi kepada SPRM terhadap Menteri Pengangkutan (Anthony Loke dan Setiausaha Politiknya (Datuk Mohamad Dahlan Maamor).

“Antara butiran laporan ialah mengenai beberapa undang-undang sedia ada yang diubah dan diadakan tanpa sebarangan kajian dan rundingan dengan GTSM,” katanya ketika ditemui pemberita di luar ibu pejabat SPRM di sini, hari ini.

Terdahulu Kamarudin hari ini turut mengetuai kumpulan GTSM menghantar surat kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memohon mengadakan pertemuan dengan pemimpin itu di Perdana Putra di sini, dan surat diterima wakil pejabat Perdana Menteri.

Bercakap kepada media selepas menyerahkan surat berkenaan, Kamarudin berkata, semua peraturan yang dahulunya dibuat demi menjaga keselamatan pemandu dan penumpang jalan raya dipinda untuk kepentingan Grab.

Kamarudin berkata, antara peraturan yang dipinda Loke adalah berhubung lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) yang sebelum ini mewajibkan pemandu teksi untuk menjalani kursus dalam jangka masa panjang dan ujian praktikal.

“Disebabkan Grab, ujian praktikal dibatalkan, masa menjalani kursus dipendekkan dan kadar bayaran dikurangkan.

“Selain itu, sebelum ini, kod kegunaan diwajibkan kepada semua kenderaan persendirian yang terbabit secara langsung dalam bidang pengangkutan awam, yang harus ditukar kepada e-hailing tapi baru-baru ini, atas desakan pihak Grab, Anthony memberitahu ia dimansuhkan,” katanya.

Dakwa Kamarudin, perkara berkenaan memberi kesan yang sangat besar, antaranya insurans tidak boleh mengatakan kenderaan itu terbabit dalam aktiviti pengangkutan awam dan pemilik kenderaan boleh menipu kepada pembeli kereta terpakai.

Mengenai surat kepada Perdana Menteri, Kamarudin berkata, mereka mahu mengadakan pertemuan dengan Dr. Mahathir bagi membincangkan perkara berkaitan industri teksi di negara ini. – UTUSAN ONLINE

Tags: Anthony LokeGTSMSalah Guna KuasaSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd