• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Halang Najib Dapatkan Maklumat Akaun Bank

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak pembelaan dalam perbicaran rasuah dan salah guna kuasa Najib Razak mengadu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghalang anak guamnya mendapatkan maklumat daripada akaun banknya di AmBank yang ditutup.

Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali keadaan itu mengganggu mereka menyediakan pembelaan sejak Najib didakwa tahun lepas, lapor Malaysiakini.

Shafee menimbulkan perkara itu hari ini sebelum prosiding bermula selepas waktu makan tengah hari.

Peguam berkata bank memberi kerjasama tetapi badan anti-rasuah itu menjadi penghalang.

Shafee menjelaskan ia terhenti baru-baru ini apabila seorang pegawai AmBank memberitahu mereka bahawa pihak bank diarah SPRM jangan memberikan sebarang dokumen berkaitan akaun Najib tanpa kebenaran mereka.

Beliau berkata bank boleh menyediakan dokumen-dokumen tersebut dan Najib juga berhak ke atas dokumen-dokumen itu.

Shafee berkata pemegang akaun sentiasa berhak pada dokumen-dokumen berkaitan semasa akaun itu aktif atau sudah ditutup, untuk mengetahui sebarang transaksi.

Beliau mendakwa arahan SRPM kepada bank itu daripada pegawai penyiasat, Rosli Hussein.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi memaklumkan pihak pendakwaan akan mempertimbangkan perkara itu sebelum memberikan respon.

Beliau berkata pihak pembelaan menghantar sepucuk emel kepada pihak pendakwaan sebelum waktu makan tengah hari.

Sementara itu, Najib di Facebook berkata pihak pendakwaan berulang kali menolak permintaan “discovery” daripada peguamnya.

Beliau berkata SPRM semalam menghantar surat kepada bank untuk sekat butiran transaksi akaun miliknya.

Bekas perdana menteri itu mendakwa, setahunya, perkara seperti itu tidak pernah berlaku dalam mana-mana kes dalam sejarah negara.

Pengurus AmBank Cawangan Raja Chulan, R Uma Devi, yang merupakan saksi dalam perbicaran itu, berkata Najib memilki 4 akaun semasa dan 1 akaun simpanan.

Dua dibuka pada Januari 2011 dan ditutup pada Ogos 2013.

Tiga akaun lain, semuanya akaun semasa, dibuka pada Julai 2013 dan ditutup pada Mac 2015.

Najib, 66, didakwa atas 3 pertuduhan pecah amanah, 1 pertuduhan salah guna kedudukan dan 3 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta. – FMT

Tags: AMBANKNajib Tun RazakSPRMSRC International
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan Buat Laporan SPRM Isu Zetrix AI

Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan Buat Laporan SPRM Isu Zetrix AI

07/10/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Wilayah Persekutuan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu melibatkan MYEG dan Zetrix...

Pemimpin DAP Buat Laporan SPRM, Minta Siasat Zahid Isu Perbelanjaan KKDW

Pemimpin DAP Buat Laporan SPRM, Minta Siasat Zahid Isu Perbelanjaan KKDW

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen DAP Kampar, Chong Zhemin mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat peranan Menteri Kemajuan Desa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd