• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengapa Malaysia Masih Dalam Senarai Statut Rom?

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan peguam mendesak penjelasan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mengapa Malaysia dilihat masih berada dalam senarai menyertai Statut Rom meskipun telah sebulan Kabinet memutuskan menarik diri daripada statut tersebut.

Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, pihaknya mahu tahu apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian Luar untuk memastikan keputusan Kabinet itu dipatuhi.

Katanya, ini lebih-lebih lagi dikatakan Malaysia boleh menarik diri sebelum Jun tahun ini, iaitu sebulan dari sekarang.

“Jika tiada tindakan diambil, ia menunjukkan kelemahan dan sikap tidak akur Menteri Luar dalam menuruti persetujuan Kabinet. Saifuddin tidak sepatutnya membuat sesuatu yang bercanggah dengan Kabinet kerana beliau anggota Kabinet ataupun mengabaikan persetujuan tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Pada 5 April lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan Malaysia menarik diri daripada Statut Rom berikutan kekeliruan yang timbul dan menjelaskan Surat Cara Penerimaan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang telah ditandatangani itu boleh ditarik semula sebelum Jun tahun ini.

Berdasarkan semakan dalam laman web Koleksi Triti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Malaysia masih lagi berada dalam senarai mahu menyertai Statut Rom ICC sejak ditandatangani pada 4 Mac 2019.

Beberapa pihak sebelum ini turut menyuarakan desakan menuntut tindakan segera daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan malah sedia menganjurkan perhimpunan selepas Hari Raya Aidilfitri sekiranya Malaysia terus kekal tidak menarik diri.

Pada masa sama, Zainul Rijal berkata, sekiranya tiada apa-apa lagi tindakan diambil oleh Kementerian Luar, rakyat yang berkepentingan disarankan memfailkan permohonan di mahkamah dinamakan sebagai semakan kehakiman untuk memohon mahkamah mengarahkan Menteri Luar memastikan Malaysia menarik diri sebelum Jun ini.

“Permohonan boleh dibuat di mana-mana mahkamah tinggi di Malaysia. Permohonan semakan kehakiman ini perlu dilakukan dengan segera supaya beliau (Saifuddin) mempunyai masa untuk menguruskan penarikan diri Malaysia daripada menyertai Statut Rom,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: ICCMalaysiaStatut Rom
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Taiwan Tangguh Rundingan Pelaburan Dengan Malaysia Susulan Kenyataan PMX Anwar

Taiwan Tangguh Rundingan Pelaburan Dengan Malaysia Susulan Kenyataan PMX Anwar

11/11/2026
0

TAIPEI - Taiwan mengesahkan pihaknya menangguhkan rundingan pelaburan dua hala dengan Malaysia susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Malaysia Komited Menjayakan Proses Damai Selatan Thailand – Khaled Nordin

Malaysia Komited Menjayakan Proses Damai Selatan Thailand – Khaled Nordin

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia kekal komited dalam menjayakan Proses Dialog Damai Selatan Thailand bagi memastikan kestabilan dan keselamatan serantau, khususnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd