• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Luar Jangan Campur Hal Ehwal Islam Johor – TMJ

oleh
25/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – “Mereka yang tiada kaitan dengan Johor jangan sibuk mengucar-kacirkan urusan hal ehwal agama Islam di negeri ini,” demikian titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Putera sulung Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah mengenai perihal agama Islam di negeri ini yang mana dijaga dan dilindungi sejak sekian lama.

“Negeri Johor Darul Ta’zim ini negeri yang berdaulat dan memiliki undang-undang tubuhnya yang sendiri. Kita juga sentiasa berpaksikan Ahli Sunnah Wal Jamaah, Mazhab Shafie dengan akhlak Islamiah.

“Kepada mereka yang tiada kaitan dengan Johor, jangan sibuk mengucar-kacirkan urusan hal ehwal agama Islam negeri ini yang merupakan urusan negeri.

“Jangan juga sibuk mahu melaga-laga atau mengelirukan rakyat negeri ini mengenai perkara yang boleh menggugat keharmonian rakyat dan institusi diraja Johor,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berucap sebagai wakil rasmi Sultan Ibrahim pada Majlis Multaqa Ulama Darul Ta’zim kali ketujuh di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini, hari ini.

Pada majlis sama, Tunku Ismail turut berpesan kepada seluruh rakyat untuk sentiasa memelihara dan menghindari apa jua tindakan yang boleh menjejaskan kesucian institusi surau serta masjid di negeri ini.

“Suka saya nasihatkan, jangan sesekali cemarkan masjid di Johor, dengan apa jua perkara yang boleh merosakkan umat Islam di negeri ini. Hanya perkara berkaitan agama Islam dan sesuai dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja boleh dijadikan ceramah, tazkirah, khutbah dan kuliah.

“Kepada mereka yang ingin berceramah tentang Islam di negeri ini, pertama mesti memiliki tauliah dan kebenaran daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor,” katanya.

Beliau bertitah, penceramah yang mahu menganjurkan ceramah agama di Johor juga perlu sentiasa peka dan prihatin dengan isu-isu semasa selain bukan berceramah mengikut hati semata-mata.

“Begitu juga dengan penceramah daripada parti-parti politik. Walaupun mereka memiliki kelulusan bidang agama, tetapi disebabkan kecenderungan pada parti politik tertentu boleh menyebabkan ceramah itu cenderung kepada politik.

“Dalam hal ini, suka saya mengingatkan kepada semua, jangan sesekali bermain api dalam sekam, akibatnya amat buruk dan boleh mengundang padah. Jika tempat ini (surau dan masjid) kita huru-harakan, maka tiada guna lagi masjid dan surau sebagai syiar Islam,” katanya. – Sinar Harian

Tags: islamJohorTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Hilang Empat Kerusi, PKR Dan Amanah Masing-Masing Hanya Menang Satu Kerusi

DAP Hilang Empat Kerusi, PKR Dan Amanah Masing-Masing Hanya Menang Satu Kerusi

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) mengalami kemerosotan ketara dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila parti komponen utamanya, DAP,...

Individu Sombong Akan Ditendang Keluar Hari Ini, ‘Silent Move’ Perantau Johor – KP J-KOM

Individu Sombong Akan Ditendang Keluar Hari Ini, ‘Silent Move’ Perantau Johor – KP J-KOM

11/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali mendakwa 'gelombang merah' sedang berlaku di Johor hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd