• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angka Kematian Letupan Di Sri Lanka Cecah 290 Orang

oleh
22/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

COLOMBO – Angka kematian ekoran beberapa siri letupan bom yang menyasarkan gereja dan hotel terkemuka di Sri Lanka semalam kini meningkat kepada 290 orang.

Jurucakap polis memaklumkan, angka mangsa cedera turut meningkat kepada 500 orang berbanding 450 seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Lapan letupan terancang yang antara lain menyasarkan gereja katolik St. Anthony di Colombo, gereja St. Sebastian dan sebuah gereja di Batticola serta Hotel Shangri-La, Hotel Kingsbury dan Hotel Cinnamon Grand di ibu negara itu menerima kecaman ramai pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri India, Narendra Modi; Kaunselor Jerman, Angela Merkel serta Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Pihak berkuasa turut mendedahkan penemuan sebutir lagi bom yang diubah suai berhampiran lapangan terbang utama di Colombo lewat petang semalam, bom berkenaan bagaimanapun berjaya berjaya dimatikan oleh pasukan tentera udara.

Dalam pada itu, perintah berkurung yang dikenakan di seluruh negara telah ditarik balik awal hari ini, namun pasukan keselamatan kelihatan masih berkawal di gereja St. Sebastian yang menjadi salah satu lokasi serangan.

Insiden letupan serentak itu dilaporkan mengorbankan antaranya tiga warga India, tiga warga Britain, dua warga Turki dan seorang warga Portugal serta dua lagi pemegang pasport Britain dan AS.

“Sembilan warga luar negara dilaporkan hilang dan terdapat 25 mayat tidak dikenal pasti yang dipercayai adalah warga asing,” kata kementerian luar Sri Lanka.

Kementerian Luar Jepun pula mengesahkan seorang daripada rakyatnya merupakan antara mangsa yang maut.

Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab mendalangi siri pengeboman yang dilakukan ketika penganut Kristian meraikan Hari Easter itu.

Pihak polis memaklumkan setakat hari ini, 24 orang orang telah ditahan dan siasatan akan dijalankan bagi mengetahui sama ada penyerang mempunyai hubungan di luar negara.

Ekoran tragedi berkenaan, Perdana Menteri Ranil Wikremesinghe menggesa rakyat untuk terus bersatu dalam menghadapi saat getir ini selain turut berikrar akan memusnahkan kejahatan ini buat selamanya. – Agensi

Tags: GerejaletupanSri Lanka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa insiden letupan berlaku di kawasan operasi berhampiran Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL)...

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disahkan maut dalam insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd