• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyerang Adib Mungkin Bukan Dari Arah Depan FRT

oleh
19/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Saksi ke-29 inkues kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim memberitahu Mahkamah Koroner hari ini yang perusuh yang mencederakan anggota bomba itu mungkin bukan kumpulan yang menyerang jentera Fire Rescue Tender (FRT).

Sebaliknya bekas Pakar Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Shahrom Abd. Wahid berpendirian dua atau lebih individu yang menyerang mangsa mungkin datang daripada arah belakang van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Sebab itulah menerusi video yang dijadikan bahan bukti mahkamah memperlihatkan daun pintu tempat duduk Adib terbuka sedikit kerana beliau pada waktu itu tidak menyangka akan diserang, tambah Shahrom.

“Yang ini perlu dijelaskan normal human behavior. Kalau kita tengok video kejadian perusuh datang dari depan FRT, bagaimanapun terdapat orang-orang lain yang berpotensi menjadi perusuh di bahagian perusuh di bahagian belakang EMRS.

“Kemungkinan besar terdapat orang lain daripada belakang (EMRS) datang ke arah Adib dan tiba-tiba sahaja dia disentap (ditarik) dan ada tindakan lain lagi.

“Kalau ada datang dari depan ke pintu EMRS, dia sudah (tentu) ada prejudis kemungkinan besar dia akan diserang (jadi) dia akan tutup pintu secara rasionalnya,” katanya.

Terdahulu peguam mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Syazlin Mansor mengajukan soalan mengapa Adib tidak menutup pintu van walaupun melihat perusuh meluru ke arahnya pada malam rusuhan di Kuil Sri Mariamman Seafield.

Dalam pada itu, beliau menegakkan hujah terdapat beberapa orang yang berada di sekitar EMRS sewaktu van itu mengundur, menerusi kesan cermin van yang pecah di bahagian belakang dan sisi.

Tidak cukup dengan itu, Shahrom turut menunjukkan video uji kaji yang mendapati bahawa helmet perlu dihentak dari jarak yang dekat dengan berulang kali untuk memecahkannya.

“Dalam video kejadian, faktanya cermin belakang dan sisi dah pecah jadi saya membuat kesimpulan terdapat sekurang-kurangnya dua orang atau lebih yang ada di sekitar EMRS.

“Jadi saya buat control eksperimen nak tahu berapa lama kita nak pecahkan cermin belakang dan sisi EMRS. Kenapa kita baling helmet, ada kemungkinan orang tidak ada di keliling EMRS tapi baling dari jauh.

“Faktanya dua helmet ditemui dalam EMRS. Kita nak tahu helmet dibaling memecahkan cermin dan masuk ke EMRS, atau helmet perlu dihentak dengan jarak lengan,” jelas Shahrom. – MalaysiaGazette

Tags: Kuil Sri Maha MariammanMuhammad Adib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakar Patologi Kanan Bantu Siasatan Kes Kematian Adib

12/10/2021
0

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan melantik seorang pakar patologi...

Kabinet Setuju Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kes Kematian Adib

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet pada Jumaat memutuskan akan memfokuskan kepada siasatan tiga kes berkepentingan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd