• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ikan Tapah 20kg Tular Di Media Sosial

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – “Ini rezeki untuk ahli persatuan kompang,” kata Ketua Kampung Parit Madirono yang berjaya menangkap ikan tapah 20kg bersama rakannya di Sungai Benut, Ahad lalu.

Kejayaan Mahni Jais, 45, itu sekali gus mendapat perhatian ramai sehingga tular di media sosial memandangkan ikan tapah yang digelar penghulu ikan itu jarang ditemui di kawasan sungai-sungai di Pontian.

Menurutnya, sebelum ini hanya ikan tapah seberat 3 hingga 5kg dapat ditangkap.

“Ini kali pertama saya berjaya naikkan ikan tapah sebesar ini.

“Niat saya untuk jamu ahli persatuan kompang makan dipermudahkan malah diberi ikan yang cukup besar,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menceritakan detik ikan tapah ditangkap Mahni berkata, dia hanya terbayang buaya ketika cuba menarik jala.

Katanya, selepas hampir 15 minit dia dan rakannya berusaha menarik jala akhirnya mereka berjaya menangkap ikan tapah yang kemudiannya dinaikkan ke dalam bot menggunakan cangkuk besi.

“Beberapa kali jala direntap dengan kuat, mula-mula saya memang fikir mungkin buaya.

“Ternyata sangkaan saya meleset bila lihat ekor ikan mula timbul,” katanya.

Mahni turut berkongsi rezeki ikan tapah bersama penduduk dengan mengadakan rewang memasak asam pedas di rumahnya. “Ada yang sanggup datang ke rumah untuk ambil gambar bersama ikan tapah. Ada yang juga yang datang bawa timbang untuk tahu berat ikan tapah kerana saiznya cukup besar.

“Macam-macam gelagat orang kampung, masing-masing teruja bila tengok ikan tapah depan mata.

“Jadi saya ambil keputusan untuk masak ikan tapah pada sebelah malam Ahad itu juga untuk dijamu kepada orang kampung,” katanya. Dia berkata, ikan tapah mempunyai rasa yang lebih enak berbanding ikan patin menyebabkan ikan ini diburu pemancing.

Namun bukan mudah untuk menangkap ikan tapah kerana spesis ikan air tawar ini menjadikan tunggul kayu di dalam sungai sebagai habitat.

“Tahun 70-an dulu ada banyak ikan tapah di Sungai Benut, tapi sekarang sangat susah nak dapat ikan tapah.

“Sebab itu, ikan tapah pada masa sekarang tidak dijual. Kalau dapat tangkap ikan tapah, biasanya akan dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga,” katanya. – Sinar Harian

Tags: ikan tapahmedia sosialTular
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MCMC Siasat Video Pementasan Tular Sentuh Institusi Raja, Malaysia dan Rukun Negara

MCMC Siasat Video Pementasan Tular Sentuh Institusi Raja, Malaysia dan Rukun Negara

19/09/2026
0

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan berhubung sebuah video pementasan yang tular di media sosial dan...

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd