• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontraktor Tuntut Felda Bayar Baki RM4 Juta

oleh
17/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat kontraktor menuntut baki bayaran sebanyak RM4 juta daripada anak syarikat FGV Holdings Berhad (FGV) bagi projek pembangunan fasa satu di Felda Chuping Perlis.

Pengarah Syarikat Abu Johan Aboo Backer, Abu Johan Aboo Backer berkata, syarikatnya adalah sub kontraktor yang menjalankan projek melibatkan 158 unit rumah mampu milik, 66 unit rumah kos sederhana, 17 rumah kedai dan kemudahan infrastruktur dengan tender RM23 juta.

Menurutnya, syarikatnya ditamatkan kontrak Julai lepas selepas didakwa gagal menyiapkan projek mengikut tempoh ditetapkan.

“Kontrak ini pada awalnya telah dianugerahkan kepada Gema Kukuh Sdn. Bhd. yang kemudiannya melantik syarikat kami sebagai sub kontraktor.

“Projek sepatutnya siap pada 2016 namun disebabkan masalah teknikal yang tidak diselesaikan oleh konsultan sebelum kontrak bermula menyebabkan kerja kami sebagai kontraktor tergendala,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, hari ini.

Abu Johan berkata, selepas kontrak ditamatkan pemilik projek tidak menjalankan pemeriksaan bagi nilaian kerja-kerja yang disiapkan.

“Kami telah menyiapkan 90 peratus projek namun bayaran yang kami terima dalam tempoh lima tahun projek dilaksanakan adalah sebanyak RM16 juta.

“Tindakan anak syarikat itu yang sengaja melewatkan bayaran telah menyebabkan Syarikat Gema Kukuh muflis,” katanya.

Katanya, pihaknya telah menggunakan pelbagai saluran bagi mendapatkan tuntutan baki bayaran termasuk membuat aduan integriti Felda ke atas sekumpulan individu yang didakwa terlibat dalam salah tadbir.

“Kami dapati tiada siasatan terperinci dijalankan sebaliknya memberikan alasan tidak munasabah malah tidak memanggil pihak kami untuk menjelaskan keadaan sebenar.

“Kegagalan kami mendapatkan bayaran menyebabkan syarikat kami menghadapi masalah kewangan dan hampir muflis. Saya harap penyelesaian dapat dicapai atau terpaksa mengambil tindakan mahkamah sebagai jalan terakhir,” katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berharap, menteri terlibat dapat memberikan perhatian dengan meningkatkan kecekapan pengurusan.

“Saya telah berjumpa dengan pihak FGV namun perkara itu tidak menemukan jalan penyelesaian. Kelewatan pembayaran kepada kontraktor menyebabkan syarikat hadapi krisis kewangan dan muflis.

“Saya berharap isu ini sampai kepada menteri berkaitan dan menyemak kelemahan pengurusan serta menambah baik etika kerja pegawai terlibat supaya tak ada kes menekan seperti ini berulang,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Felda Chuping PerlisFGVkontraktor bumiputera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pembinaan Terkesan Akibat Kenaikan Kos Diesel, Logistik 

Projek Pembinaan Terkesan Akibat Kenaikan Kos Diesel, Logistik 

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Kenaikan harga bahan api seperti diesel serta kos logistik susulan ketegangan geopolitik di Timur Tengah...

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd