• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabinet Lanjut Perjanjian Operasi MAHB Hingga 2069

oleh
12/04/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perjanjian operasi (OA) Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah dilanjutkan sehingga 11 Februari 2069.

Semasa mengumumkan berita itu di Parlimen hari ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pelanjutan itu menggantikan dua OA ditandatangani pada 12 Februari 2009 dengan operator lapangan terbang itu sebelum ini dengan empat OA baharu – OA untuk KLIA, Sarawak dan Sabah, serta lapangan terbang terpilih di Semenanjung Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, pengumuman itu menandakan kepercayaan kerajaan terhadap MAHB untuk terus menyumbang ke arah pertumbuhan industri penerbangan Malaysia dan pembangunan ekonomi negara.

“Kami komited sepenuhnya untuk meneruskan pembangunan Malaysia sebagai hab penerbangan yang kukuh di rantau ini,” katanya dalam kenyataan.

Raja Azmi berkata, OA baharu itu termasuk lapangan terbang kluster mengikut kawasan untuk memastikan operasi dan pengurusan lapangan terbang di Malaysia lebih mampan dalam jangka panjang.

“Rangka kerja OA baharu juga akan memberikan lebih kelonggaran kepada MAHB dalam melaksanakan projek atau inisiatif pembangunan yang diperlukan untuk meningkatkan infrastruktur dan perkhidmatan lapangan terbang sambil memberikan hasil yang lebih baik kepada kerajaan.

“Pelan sudah disediakan untuk menggantikan aset berusia, meningkatkan kesalinghubungan antara terminal, meningkatkan dan mengoptimumkan keupayaan lapangan terbang dan mendigitalkan persekitaran lapangan terbang untuk meningkatkan kecekapan operasi dan tahap perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata, MAHB komited untuk memastikan semua lapangan terbangnya melaksanakan Kualiti Perkhidmatan (QoS) pada tahun 2020.

Raja Azmi juga berkata, beberapa model pembiayaan mungkin dipertimbangkan untuk pelbagai inisiatif pembangunan lapangan terbang dan yakin bahawa ini akan menjadi cadangan menarik bagi pasaran modal.

Tags: Anthony LokeMAHB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd