• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Kontraktor Bumiputera Berisiko Gulung Tikar

oleh
10/04/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) meminta kerajaan agar tidak membuka tender-tender kerja kelas G1 kepada kontraktor bukan bumiputera untuk mengelakkan lebih ramai kontraktor bumiputera gulung tikar berikutan masalah kekurangan projek.

Presidennya Datuk Mohamed Fadzlill berkata dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi negara pada masa kini, ramai dalam kalangan anggotanya kini terpaksa bergelut untuk mendapatkan kontrak daripada projek-projek yang semakin kurang ditawarkan oleh kerajaan.

“Pada masa kini lebih 60 peratus daripada 40,000 kontraktor bumiputera kelas G1 hingga G7 didapati tidak aktif sebab masalah kekurangan projek ini.

“Paling terjejas ialah lebih 24,000 kontraktor bumiputera kelas G1 (kelas F) kerana kita dapati ada antara projek yang sebelum ini dikhaskan untuk kontraktor bumiputera turut dibuka kepada kontraktor G1 bukan bumiputera.

“Jadi kita mengharapkan kerajaan agar dapat mempertimbangkan hal ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama PKMM Pahang di sini yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Pahang, Datuk Nazri Ngah.

Sementara itu, Nazri menyarankan kontraktor bumiputera di negeri ini yang menghadapi masalah kekurangan projek supaya beralih kepada bidang pertanian yang juga mampu memberikan pulangan yang tinggi.

“Kontraktor pada masa kini kena buat pelbagai kegiatan ekonomi…saya mengharap mereka pergi ke bidang pertanian dan dalam hal ini kerajaan boleh bantu.

“Di setiap daerah kita mempunyai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah berkenaan tanah dan boleh lulus kegunaan sehingga 18 hektar untuk Permohonan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) dan satu hektar untuk tanah pemilikan kekal,” katanya.

Selain itu, dalam usaha membantu mengelakkan lebih ramai kontraktor bumiputera daripada gulung tikar akibat masalah kekurangan projek, beliau turut meminta tiga buah syarikat konsensi di negeri ini iaitu Road Care, Muhibbah Bina Sdn. Bhd., YP Maintenance Sdn. Bhd. supaya memperuntukkan 30 peratus daripada projek yang diperoleh kepada kontraktor tempatan.

“Kita sarankan jika mereka mendapat projek di daerah Jerantut contohnya, agihkan kepada kontraktor tempatan di Jerantut, tiada lagi ‘pemain import’. Langkah ini bagi memastikan projek juga dapat dilaksanakan dengan cepat dan mengikut masa yang ditetapkan,” katanya.

Tags: bumiputerakontraktorMelayu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Teliti Semula Keputusan Bertanding Semua Kerusi PRN Johor, Utamakan Penyatuan Pengundi Melayu-Islam

PAS Teliti Semula Keputusan Bertanding Semua Kerusi PRN Johor, Utamakan Penyatuan Pengundi Melayu-Islam

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – PAS perlu meneliti semula cadangan awal Perikatan Nasional (PN) bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri...

PAS, UMNO Perlu Bertaut Kembali – Khairuddin

PAS, UMNO Perlu Bertaut Kembali – Khairuddin

09/06/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO perlu mencari formula terbaik untuk kembali bertaut demi memastikan masa depan Melayu dan Islam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd