• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tabung Haji Nafi Ramai Pendeposit Tutup Akaun

oleh
08/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LEMBAGA Tabung Haji menolak khabar angin berlaku pengeluaran deposit beramai-ramai dan penutupan akaun di semua cawangannya seluruh negara, susulan pengumuman hibab terendah dalam sejarah badan berkanun itu.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Zukri Samat berkata, urusan di semua cawangan TH berjalan seperti biasa hari ini dan pihaknya turut menerima caruman deposit baru.

“Saya ingin menegaskan khabar angin yang tular di media sosial sama sekali tidak benar dan tidak berasas. Ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, TH akan membuat laporan polis jika ada pihak tidak bertanggungjawab terus menyebarkan khabar angin untuk menimbulkan kebimbangan di kalangan pendeposit.

“TH ingin memberi jaminan kepada para pendeposit, bukan sahaja wang mereka selamat, tetapi kami komited menjana pendapatan yang mampan untuk mengoptimumkan pulangan mereka, sambil menumpukan mandat kami untuk membantu umat Islam menyimpan dan mempersiapkan diri untuk urusan haji mereka.”

Jumaat lalu, TH mengumumkan hibah 1.25% yang membabitkan pengagihan berjumlah RM913 juta bagi tahun kewangan 2018.

Kadar hibah itu jauh lebih rendah daripada 6.25% pada 2017 dan ia adalah agihan terendah dalam sejarah TH setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa menyalahkan ia adalah “kesan daripada kelemahan dan salah guna kuasa pentadbiran lalu” serta “manipulasi akaun untuk membolehkan hibah diisytihar pada kadar tinggi, walaupun jurang defisit terus meningkat”. – FMT

Tags: hibahTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd