• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Digesa Lebih Terbuka Tetapkan Tarif Elektrik

oleh
05/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Putrajaya perlu lebih telus dalam menentukan tarif elektrik, kata seorang penganalisis pelaburan berikutan gesaan banyak pihak supaya syarikat tenaga negara, Tenaga Nasional (TNB), mengurangkan tarifnya.

Ketua strategi di Philip Mutual Bhd., Phua Lee Kerk berkata, ini kerana harga arang batu dan gas, yang merupakan pembekal utama tenaga dalam penjanaan elektrik, kini menurun.

“Kerajaan perlu lebih telus apabila menetapkan tarif elektrik supaya pengurangan kos pengeluaran boleh dipindahkan kepada pengguna,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, pengguna mempersoalkan kenapa tarif elektrik kekal tidak berubah dalam suasana deflasi yang berlaku kini serta penurunan harga arang batu dan gas.

Kadar tarif elektrik semasa ialah 39.45 sen bagi setiap kilowatt jam (kWh).

Semalam, pengerusi TNB, Leo Moggie berkata, tarif elektrik tidak akan dikurangkan pada masa ini walaupun banyak pihak menggesa ia diturunkan berikutan kejatuhan harga bahan api yang digunakan dalam penjanaan kuasa elektrik.

Harga arang batu jatuh lebih 30% kepada AS$79 (RM322.50) setiap tan daripada AS$118 (RM479) pada Julai tahun lepas.

Bagi gas, harga semasa bagi penghantaran Mei merosot lebih 60% kepada AS$4.40 (RM17.95) bagi setiap juta unit thermal British (mmBtu) daripada AS$11.81 (RM48.18) pada September tahun lepas.

Suruhanjaya Tenaga menetapkan tarif 39.45 sen setiap kWh September lepas atas jangkaan harga arang batu dunia mencapai purata AS$75 (RM306) setiap tan dan gas AS$6.66 (RM27.20) setiap mmBtu. – FMT

Tags: tarif elektrikTNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

23.6 Juta Pengguna Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai

23.6 Juta Pengguna Nikmati Tarif Elektrik Lebih Adil Mulai 1 Julai

20/06/2025
0

PUTRAJAYA: Lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung bakal menikmati kadar tarif elektrik yang lebih adil dan progresif menerusi pelaksanaan...

Mesyuarat Khas Parlimen: Ahli Parlimen Gesa Kerajaan Tangguh Kenaikan RON95, Tarif Elektrik

Mesyuarat Khas Parlimen: Ahli Parlimen Gesa Kerajaan Tangguh Kenaikan RON95, Tarif Elektrik

05/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen menggesa kerajaan menangguhkan pelaksanaan sebarang cadangan untuk kenaikan RON95 dan kenaikan kadar tarif elektrik tahun ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd