• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Equanimity Dijual Kepada Genting Pada AS$126 Juta

oleh
03/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Putrajaya memutuskan untuk menjual kapal layar mewah Equanimity kepada syarikat tujuan khas (SPV), Genting Malaysia Bhd. pada harga AS$126 juta.

Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan hari ini berkata, Genting akan membayar AS$126 juta kepada Mahkamah Admiralti Kuala Lumpur pada akhir bulan ini.

“Ini bakal menjadi jumlah pemulihan daripada skandal 1MDB yang tertinggi setakat ini untuk kerajaan Malaysia dalam jangka masa cuma 8 bulan dari tarikh tindakan ini dimulakan.”

Katanya, AS$126 juta ialah tawaran terbaik yang diterima dalam 5 bulan, sejak kerajaan mengumumkan akan menjual Equanimity pada Oktober tahun lalu.

Jabatan itu berkata, banyak tawaran diterima sepanjang tempoh itu, tetapi hanya sebilangan kecil tawaran yang melebihi AS$100 juta, dengan Genting menawarkan harga tertinggi.

Katanya, walaupun jualan itu gagal mencapai harga pasaran Equanimity berdasarkan penilaian Winterbotham sebanyak AS$130 juta, tetapi pulangan bersih diperolehi Putrajaya adalah yang terbaik dan lebih tinggi daripada jangkaan kerajaan.

“Memandangkan tawaran daripada Genting telah dirunding secara terus dengan kerajaan Malaysia, tiada komisen ejen yang perlu dibayar, yang membawa kepada penjimatan sebanyak AS$4.4 juta.” – FMT

Tags: genting MalaysiaKapal Equanimityspv
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bukankah SPV Struktur Kewangan, Kenapa Urus Bisnes Hotel? – Najib

18/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Lembaga Tabung Haji (TH) yang menjelaskan empat rangkaian TH Hotel & Residence Sdn. Bhd. sudah tidak...

29 Aset Rugi TH Dipindah Ke SPV – Mujahid

18/02/2020
0

PUTRAJAYA - Sebanyak 29 aset Tabung Haji yang mengalami kerugian dipindahkan ke sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV), milik penuh Kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd