• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hibah Tabung Haji Belum Dimuktamad, Kata Mujahid

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengumuman hibah tahunan bagi tahun 2018 akan dibuat setelah semakan terhadap kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji bagi tahun 2018 dimuktamadkan, ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof.

“Dengan kata lain, tidak lagi dimuktamadkan kerana kita masih lagi terikat dengan pelbagai kekangan untuk memastikan kedudukan kewangan yang berakhir 2018 mematuhi sepenuhnya penggunaan Malaysian Financial Reporting Standard (MFRS) iaitu polisi tentang rosot nilai.

“Kita ada masalah sikit di situ sebab kita nak supaya kali ini kita nak buat yang terbaik. Jadi oleh kerana ada kekangan-kekangan itu, maka kita belum tutup akaun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan titah diraja kementeriannya di Dewan Rakyat, Isnin.

Menurutnya lagi, akaun tersebut perlu dikemaskini terlebih dahulu supaya penstrukturan pemulihan Tabung Haji dapat ditambah baik.

“Dan yang lebih penting kita dapat menunaikan untung yang boleh diagihkan ataupun hibah. Ini penting supaya pengagihan hibah yang akan dibuat mengikut syarat-syarat,” katanya.

Untuk rekod, Mujahid pada Februari memaklumkan bahawa pengumuman hibah akan dibuat pada Mac.

Namun sehingga kini jumlah tersebut masih belum diumumkan sehingga menimbulkan kegelisahan para pendeposit yang terus sabar menanti.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam status Facebooknya turut mempersoalkan mengenai perkara ini.

Kata Najib, sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri memaklumkan pengumuman bagi hibah Tabung Haji akan dibuat selewat-lewatnya pada Mac.

Sementara itu Mujahid dilihat sedikit emosi apabila diasak ahli-ahli Parlimen pembangkang berkenaan kedudukan sebenar ketua pegawai eksekutif (CEO) Syarikat tujuan khas (SPV) yang memegang sejumlah aset Lembaga Tabung Haji.

Setelah bertubi-tubi soalan diajukan kepadanya, Mujahid hanya mampu berkata, “Ini pandangan rasis, pandangan yang menimbulkan fitnah, pandangan yang menimbulkan kekeliruan,” sebelum menamatkan penggulungannya. – Agenda News

Tags: hibahMujahid Yusof RawaTabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemerhati politik, Abdul Rahim Hilmi Zakariya berpandangan Tabung Haji (TH) bukanlah sebuah syarikat yang perlu diurus 100...

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd