• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terkilan Aset Tabung Haji Dijual, Diurus Bukan Islam

oleh
27/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO terkilan dan kesal apabila mengetahui aset-aset Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) bernilai RM19.9 bilion telah dijual dan dipindahkan daripada tabung dana itu kepada sebuah syarikat bertujuan khas (SPV) yang diurus sepenuhnya bukan Islam.

Kekecewaan itu dizahirkan Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang memberitahu, sejak awal lagi, Pemuda UMNO berasa amat curiga apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan pemindahan atau penjualan aset-aset Tabung Haji kepada SPV yang diletakkan di bawah Kementerian Kewangan.

Katanya, Tabung Haji boleh sahaja mewujudkan SPV yang kekal di bawah seliaannya sebagaimana model-model penerbitan sukuk yang dilakukan oleh banyak institusi dalam dan luar negara dengan tujuan menstrukturkan kembali kedudukan aset dan liabiliti di dalam kunci kira-kira institusi berkenaan.

“Pergerakan Pemuda UMNO amat terkilan dengan jawapan bertulis Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof di Parlimen kelmarin yang akhirnya mengakui bahawa aset-aset Tabung Haji (TH) bernilai RM19.9 billion telah dijual dan dipindahkan daripada TH kepada sebuah SPV (Urusharta Jamaah Sdn. Bhd.) yang hakikatnya diurus sepenuhnya oleh Prokhas Sdn. Bhd. yang mana ketua pegawai eksekutifnya, Chen Yin Heng.

“Persoalannya apakah tiada langsung tokoh-tokoh Islam bumiputera yang berkelayakan menguruskan harta umat Islam? Apakah jaminan aset-aset bernilai yang selama ini dimiliki oleh umat Islam melalui institusi yang cukup dihormati dunia Tabung Haji satu persatu tidak dikhianati dan jatuh ke tangan orang lain?” katanya menerusi status dalam Facebook hari ini.

Tambah Asyraf Wajdi, Mujahid juga bertanggungjawab untuk meyakinkan umat Islam bahawa penstrukturan korporat Tabung Haji melalui penjualan aset-aset kepada SPV adalah telus dan tiada kompromi terhadap kepentingan umat Islam termasuk aspek pematuhan syariahnya.

Ini berikutan terlalu banyak kesangsian dan kerahsiaan dalam transaksinya yang melibatkan aset-aset umat Islam sebelum ini.

“Justeru, Pemuda UMNO mendesak agar Mujahid mengambil tanggungjawab sepenuhnya selaku menteri yang diamanahkan menjaga kepentingan institusi terulung umat Islam, Tabung Haji dengan memberikan jawapan yang telus dan tuntas atas segala keresahan rakyat terutamanya di kalangan umat Islam hari ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tags: MOFspvTabung HajiUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd