• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Beban Umat Islam Dengan Potong Subsidi Haji

oleh
21/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki merayu kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar tidak membebankan umat Islam di negara ini dengan melakukan pemotongan subsidi haji menerusi pelaksanaan konsep ‘istito’ah’ (kemampuan jemaah).

Asyraf Wajdi menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook miliknya semalam berkata, tindakan menggunakan konsep tersebut dilihat sebagai cubaan untuk ‘menghalalkan’ Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) mengurangkan komitmen subsidi yang diberikan selama ini.

“Konsep ini seolah-olah cuba melupakan matlamat asal penubuhan Tabung Haji yang berperanan membantu memudahkan dan menguruskan segala aspek berkaitan urusan mengerjakan ibadah haji umat Islam dalam negara.

“Adakah kenyataan Mujahid berkaitan konsep ini memberi petunjuk yang kerajaan PH tidak mahu membantu Tabung Haji mengembangkan perniagaan mereka?” katanya.

Semalam, Mujahid dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat menjelaskan kerajaan akan memperkenalkan konsep istito’ah bagi mengurangkan beban subsidi Tabung Haji ke atas para jemaah haji.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi turut mempersoalkan langkah tersebut yang seolah-olah memberi isyarat kegagalan penstrukturan semula Tabung Haji termasuk kesilapan keputusan penjualan aset-aset strategiknya kepada syarikat tujuan khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan yang bernilai RM19.9 bilion.

Katanya, pendekatan itu dilihat berbeza dengan kerajaan terdahulu yang sentiasa memastikan Tabung Haji mampu menyediakan subsidi untuk mengurangkan kos jemaah haji pertama kategori Muassasah.

“Walau apa pun alasan, kita merayu Mujahid yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama mewakili kerajaan PH untuk menghayati matlamat asal penubuhan Tabung Haji,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Asyraf Wajdi Dusukisubsidi hajiTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd