• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Seru MKN Ambil Alih Krisis Di Pasir Gudang

oleh
14/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – UMNO menyeru Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengambil alih tanggungjawab bagi menangani krisis pencemaran toksik yang berlaku di Pasir Gudang, Johor sejak seminggu lalu.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tragedi itu telah menjadi krisis pencemaran dan jenayah biokimia yang serius serta memerlukan segala daya usaha dan perhatian Kerajaan Pusat.

“Tindakan yang lewat akan mengeruhkan lagi keadaan yang sepatutnya diberikan perhatian dengan lebih cepat.

“Saranan ini bukan sekadar untuk membendung kesan pencemaran sisa toksik merebak ke radius yang lebih luas, tetapi menangani kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan penduduk dan kelestarian alam sekitar Pasir Gudang,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Mohamad yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO berkata, UMNO seterusnya menyarankan kerajaan melantik seorang jurucakap yang khusus bagi menyalurkan segala maklumat sahih, tepat dan pantas berhubung krisis itu.

Menurut beliau, penyampaian maklumat yang cekap membantu rakyat mendapatkan informasi tepat dengan mencegah penularan berita palsu untuk mengelakkan kecelaruan.

Kata beliau, pelbagai maklumat yang tidak tepat telah menular di media sosial dan kejadian itu diharap menjadi pengajaran kepada semua pihak dalam menangani krisis dengan sistematik serta berwibawa.

Tambah beliau, UMNO turut mendesak kertas putih disediakan dan dibentangkan segera di Parlimen untuk menjelaskan bagaimana krisis itu bermula, sebab-sebab di sebalik kelewatan tindakan kerajaan negeri dan langkah bagi menangani impak jangka masa panjang.

“Krisis seperti ini harus ditangani dengan pantas dan menyeluruh. Selain itu, UMNO berharap pihak di sebalik pertumpahan sisa kimia ini akan mengambil tanggungjawab,” katanya. – K! ONLINE

Tags: MKNMohamad Hasanpasir gudangUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan dakwaan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang menyatakan DAP ikhlas...

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan kekuatan Barisan Nasional (BN) sentiasa terletak pada kesatuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd