• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Panggil Penganjur Himpunan LGBT

oleh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis akan memanggil penganjur berhubung kehadiran penyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam himpunan bersempena Hari Wanita Sedunia di Ibu Kota pada Sabtu lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, polis akan mengenal pasti pihak terlibat dan memanggil mereka untuk mengambil keterangan berkaitan.

Katanya, kertas siasatan berhubung himpunan yang tidak mendapat kebenaran ini telah dibuka dan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut selepas siasatan selesai.

“Saya difahamkan himpunan itu tidak mendapat kebenaran, sedangkan sebarang perarakan ataupun himpunan perlu dimaklumkan kepada Ketua Polis Daerah masing-masing.

“Jikalau gagal berbuat sedemikian, maka ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini.

Menurut beliau, orang ramai perlu memahami bahawa berkumpul secara beramai-ramai seumpama itu akan menjejaskan aktiviti dan pergerakan masyarakat sekitar dan gangguan lalu lintas.

Noor Rashid berkata, orang ramai seharusnya mengikut undang-undang ditetapkan, walaupun mendakwa ada hak membawa isu dalam himpunan berkenaan.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata pihaknya ada menerima laporan polis berhubung himpunan itu, bagaimanapun keseluruhan jumlah laporan masih belum dipastikan.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan himpunan bersempena Hari Wanita Sedunia di ibu kota dicemari kehadiran penyokong LGBT.

Difahamkan, seramai 1,000 peserta terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) seperti Women Aid Organisation (WAO), Sisters in Islam (SIS), aktivis dan pelajar menyertai himpunan itu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah menegaskan bahawa himpunan diadakan tidak mendapat kebenaran polis.

Beliau berkata, pihaknya tidak mengeluarkan permit untuk himpunan itu ekoran notis dikemukakan kepada polis kurang 10 hari dari tarikh dijadualkan iaitu 7 Mac lepas.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis serah terima tugas Ketua Polis Kedah yang baharu antara Datuk Abd Rahim Jaafar dengan Datuk Zainuddin Yaacob di Dewan Tan Sri Khalid, IPK Kedah, di sini. – Sinar Harian

Tags: HimpunanLGBTpolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Himpunan Sejuta Perpaduan Ummah Terbuka Kepada Semua

Himpunan Sejuta Perpaduan Ummah Terbuka Kepada Semua

14/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Himpunan Sejuta Perpaduan Ummah tidak pernah ditutup atau dihadkan kepada mana-mana parti politik atau organisasi, sebaliknya terbuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd