• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya 17% Perniagaan Malaysia Ada CEO Wanita

oleh
08/03/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANYA 17 peratus perniagaan di Malaysia melantik wanita sebagai ketua pegawai eksekutif atau pengarah urusan, kata rangkaian perkhidmatan profesional global, Grant Thornton International Ltd.

Kajian terkininya ‘Wanita dalam Perniagaan’ mendapati peratusan wanita yang memegang jawatan kepimpinan kanan di Malaysia juga menurun kepada 23 peratus daripada 28 peratus yang direkodkan pada Mac 2018.

“Kedudukan wanita sebagai ketua masih jauh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Laporan itu mendapati 16 peratus daripada responden memetik kekurangan akses kepada peluang perkembangan pekerjaan serta tanggungjawab di luar kerja, sebagai halangan dalam mencapai tahap pengurusan kanan.

Selain itu, 14 peratus responden berkata mencari masa seiring tanggungjawab pekerjaan teras juga merupakan halangan untuk diatasi sebelum dapat memenuhi peranan sebagai eksekutif.

Mengulas hasil kajian itu, rakan kongsi negara Malaysia Grant Thornton Malaysia, Datuk NK Jasani dalam kenyataan berkata, sokongan yang lebih baik perlu ada untuk wanita bekerja, terutama dalam membantu mereka meneruskan tanggungjawab di luar kerja, memandangkan ramai dalam kalangan mereka meninggalkan pekerjaan untuk menjaga anak.

“Dalam aspek ini, kerajaan telah menerima gesaan untuk membuka pusat penjagaan kanak-kanak di semua pejabat kerajaan, dengan Parlimen menjadi lokasi pertama, dan mula beroperasi tahun ini.

“Keputusan untuk menubuhkan pusat penjagaan kanak-kanak itu adalah sejajar dengan dasar kerajaan untuk menggalakkan penyertaan lebih aktif wanita dalam politik, pembuat dasar dan tenaga kerja.

“Syarikat korporat digalakkan untuk mengikutinya kerana ia akan menggalakkan wanita untuk kembali berkerja,” katanya.

Kajian itu menunjukkan bahawa sejajar dengan kemajuan positif yang dicatatkan secara keseluruhan, 63 peratus perniagaan di Malaysia telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan kesaksamaan jantina.

Grant Thornton berkata, 26 peratus daripada perniagaan tempatan menyediakan khidmat pementoran serta bimbingan untuk wanita, manakala 25 peratus syarikat melaksanakan waktu kerja fleksibel untuk membantu mereka.

Kaji selidik itu mendapati 95 peratus daripada perniagaan di negara ini mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita di peringkat pengurusan kanan tahun ini, peningkatan 15 peratus daripada 2018.

“Di peringkat global, 87 peratus perniagaan mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita dalam pengurusan kanan, peningkatan sebanyak 12 peratus berbanding tahun lepas, manakala wanita membentuk 29 peratus daripada pasukan pengurusan kanan, tahap tertinggi yang pernah direkodkan,” katanya.

Tags: CEOPerniagaanWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd