• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lambakan Pekerja Asing: Tubuh Kementerian Imigresen

oleh
08/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Salah satu punca meningkatnya jumlah pekerja asing di negara ini adalah disebabkan makin banyak syarikat vendor yang dimiliki kroni ahli politik Pakatan Harapan, kata pesara imigresen.

Bekas presiden Persatuan Bekas Kakitangan Imigresen Malaysia (PBKIM), Che Hassan Che Johan, 65, berkata bagi menangani masalah ini, beliau menggesa kerajaan mewujudkan Kementerian Imigresen.

Beliau berkhidmat dengan Jabatan Imigresen selama 12 tahun dan bersara pada 1984 sebagai pegawai pengurusan.

Che Hassan, 65, berkata, kewujudan syarikat vendor itu memberi keuntungan kepada beberapa kroni ahli politik kerajaan, namun masalah lambakan pekerja asing tanpa izin masih ditakuk lama.

“Ejen pembekal pekerja asing semuanya dipilih oleh ahli-ahli politik. Ejen dari luar negara pula bebas menjual pekerja mereka di kilang.

“Pengurus atau pengarah syarikat pun dapat habuan, sekali gus dapat memperdagangkan manusia dengan kebenaran pihak berkuasa. Tak perlu guna lorong tikus lagi,” katanya.

Kini, tambah beliau, sudah sampai masanya kerajaan wujudkan Kementerian Imigresen, khusus untuk mengendalikan hal ehwal imigresen, pendatang dan pekerja asing.

“Kita kena pandang jauh ke depan untuk masa depan yang lebih terjamin bagi mengurangkan lambakan pekerja asing tanpa izin serta membendung gejala rasuah yang tidak pernah berhenti sejak dahulu,” katanya.

Che Hassan berkata, kewujudan Kementerian Imigresen bukanlah perkara baru kerana negara lain seperti United Kingdom, Kanada dan Australia sudah pun mempunyai sebuah kementerian yang khusus bagi menangani isu pekerja asing.

“Sebagai contoh, lihat sahaja Australia yang mempunyai menteri imigresen. Jangan kita malu, hantar sahaja pakar dan wakil kerajaan dari Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen untuk pelajari sistem pentadbiran mereka.

“Bawa balik pengalaman itu supaya kita dapat wujudkan Kementerian Imigresen dengan segera,” katanya.

Beliau mencadangkan supaya menteri imigresen dilantik dalam kalangan bekas ketua pengarah imigresen atau pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana mereka berpengalaman dalam hal ehwal berkaitan pendatang asing dan dipercayai mampu melaksanakan tugas dengan berkesan.

“Menteri mestilah bukan ahli politik. Lain-lain jawatan terpulang kepada perdana menteri untuk meletakkan sama ada ahli politik atau bukan ahli politik tetapi masalah pekerja asing akan lebih terjamin dengan tertubuhnya Kementerian Imigresen nanti,” katanya.

Che Hassan berkata, beliau mencadangkan perkara tersebut kerana Malaysia memerlukan pemantauan menyeluruh dari segi kehadiran pendatang asing di negara ini dan kawalan ke atas kegiatan mereka.

“Jika kawalan dilakukan mengikut dasar yang lemah ia akan merugikan negara. Soal imigresen juga melibatkan hubungan dengan negara luar yang mana perjanjian dua hala perlu dijaga.

“Kita tidak boleh biar Kementerian Luar sahaja uruskannya kerana pihak imigresen lebih tahu keperluan semasa.

“Urusan pentadbiran imigresen juga perlu dilakukan sepenuhnya oleh pihak imigresen sendiri, bukan sewenang-wenangnya beri kuasa kepada orang luar menguruskannya,” katanya.

Beliau menegaskan, kawalan yang lemah boleh mengancam keselamatan negara dan menjejaskan pembangunan negara.

Tetapi dengan adanya kementerian itu, kegiatan berkaitan imigresen dan pekerja asing boleh diberi tumpuan sepenuhnya.

Setakat ini tindakan diambil ke atas Sistem Pengambilan Pekerja Asing (SPPA) yang diuruskan oleh Bestinet Sdn. Bhd. dan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) yang dipercayai terlibat dalam sindiket pekerja Bangladesh.

Kedua-dua sistem itu dihentikan buat sementara waktu sehingga penyiasatan selesai selepas didapati menguntungkan ejen dan “Datuk Seri” yang menerima rasuah sehingga RM20,000 untuk seorang pekerja Bangladesh, malah hasil pendapatan mereka turut dikongsi dengan ahli politik kerajaan terdahulu.

Che Hassan turut gesa kerajaan menghentikan pengambilan pekerja asing melalui MyEG Services Berhad yang didakwa tidak telus dan pernah menjadi “lubuk wang” beberapa ahli politik kerajaan terdahulu.

Januari lalu, MyEG diarah membayar RM9 juta setelah menyalahgunakan kedudukan dominannya dengan mengenakan syarat yang berbeza dalam urus niaga yang setara dengan pembelian insurans mandatori untuk pembaharuan pas lawatan kerja sementasa untuk pekerja asing. – FMT

Tags: Imigresenpekerja asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

08/05/2025
0

BATU GAJAH – Tidak menerima gaji sehingga lima bulan merupakan antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd