• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kematian Pegawai Penjara Tiada Unsur Jenayah – Polis

oleh
25/02/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

POLIS mengesahkan kematian seorang pegawai penjara di kediamannya dalam kawasan Penjara Marang dekat Kuala Terengganu, kira-kira 9 pagi semalam, tiada kaitan dengan unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Suhaimi Ali berkata hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian leher.

Beliau berkata mengikut maklumat awal, mangsa yang tinggal bersendirian, dikatakan tidak hadir ke tempat kerja pada 7 pagi tadi.

“Rakan sekerja yang risaukan keadaan mangsa pergi ke rumahnya di kuarters penjara tersebut selepas cuba menghubungi beberapa kali, namun mangsa tidak menjawab panggilan telefon itu.

“Sebaik sampai di rumah mangsa, didapati pintu rumah berkunci dan rakan mangsa meminta kebenaran pihak penjara untuk memecahkan pintu rumah mangsa. Selepas berjaya memasuki rumahnya, mangsa ditemui antara tingkat bawah dan tingkat satu rumah tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ketika ditemui, beliau berkata mangsa berpakaian biasa dan siasatan polis mendapati tiada sebarang perlakuan jenayah di kawasan kediaman tersebut.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk bedah siasat,” katanya.

Mohd Suhaimi berkata beliau difahamkan jenazah mangsa telah dibawa pulang ke kampung halamannya di Temerloh, Pahang untuk urusan pengebumian. – BERNAMA

Tags: kematianpegawai penjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

04/05/2025
0

LONDON - Seramai 14 kanak-kanak berusia antara 11 hingga 14 tahun ditahan atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat selepas seorang...

Wanita Dihukum Penjara 15 Tahun Sebabkan Kematian Bayinya Yang Baru Lahir

Wanita Dihukum Penjara 15 Tahun Sebabkan Kematian Bayinya Yang Baru Lahir

08/02/2024
0

TAWAU: Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan sengaja menyebabkan kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd