• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MTEM Bimbang Pemaju Perak Perlekeh Kuota Bumi

oleh
22/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAJLIS Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) membantah keputusan kerajaan Perak membenarkan pemaju perumahan memohon pelepasan kuota bumiputera untuk dijual kepada pembeli lain selepas hartanah itu gagal dijual dalam tempoh enam bulan berbanding 24 bulan sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Yazid Othman berkata perubahan itu akan hanya mengalakkan pemaju untuk tidak serius dalam usaha penjualan hartanah di bawah kategori hartanah bumiputera.

“Kuota hartanah bumiputera itu dilaksanakan bagi mengatasi jurang ekonomi yang mewujudkan kawasan perumahan berasaskan satu-satu kaum yang turut menjejaskan perpaduan negara,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Keputusan mengurangkan tempoh dua tahun kepada enam bulan itu merupakan antara penambahbaikan Dasar Perumahan Negeri yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada 13 Februari lepas.

Bagaimanapun, pelepasan hartanah bumiputera yang tidak terjual itu adalah tertakluk kepada beberapa syarat tertentu.

“MTEM bimbang selepas berjaya mengurangkan tempoh pegangan kuota hartanah bumiputera itu, para pemaju berkemungkinan bertindak menjadikan kuota itu sebagai sasaran atas alasan berada dalam kedudukan kewangan yang tidak menentu,” kata Ahmad Yazid.

Merujuk butiran Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, beliau berkata para pemaju telah membuat penawaran unit kediaman yang berlebihan bernilai RM17.24 bilion dan mereka cuba mengurangkan kerugian dengan berusaha mempertahankan margin keuntungan masing-masing.

Di Johor misalnya, Ahmad Yazid berkata sejumlah RM600 juta atau 7.5 peratus levi telah dikutip daripada pemaju yang memohon untuk melepaskan hartanah di bawah kuota bumiputera.

Selain itu, 6,000 unit rumah mampu milik di bawah program Rumah Mampu Milik Johor telah dirancang untuk dibina dan dijual kepada semua rakyat negeri itu tanpa mengira kaum.

“Bagi pandangan MTEM, pendekatan Johor itu perlu dikaji sebagai penukaran levi dan antara langkah yang boleh dipertimbang untuk dilaksanakan di seluruh negara,” katanya.

MTEM juga menyifatkan kuota hartanah bumiputera itu sebagai satu isu kompleks dan sebarang usaha pembaharuan berkaitannya memerlukan kajian teliti serta menyeluruh.

Jelas Ahmad Yazid, alasan unit kuota bumiputera itu sukar dijual juga tidak hanya disebabkan oleh faktor kemampuan tetapi turut menyentuh lokasi yang tidak menarik.

“Kuota hartanah untuk bumiputera kekal sebagai kaedah mewujudkan kawasan perumahan berbilang bangsa dan levi bagi pelepasan unit tidak terjual di bawah kuota itu akan dapat membantu dari segi pembangunan perumahan kos rendah untuk semua rakyat negara ini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan pemaju supaya membina rumah yang menepati permintaan serta kemampuan rakyat negara ini dan bukannya bertindak menjadikan kuota bumiputera itu sebagai sasaran mereka. – BERNAMA

Tags: bumiputeraPerakPerumahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

Asyraf Wajdi ‘Bengang’ Mara Dikritik Kerana Bantu Bumiputera

Asyraf Wajdi ‘Bengang’ Mara Dikritik Kerana Bantu Bumiputera

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan rasa kecewa apabila masih terdapat pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd